MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Tuesday, September 6, 2011

PERMOHONAN KWAPM 2012

Ibu Bapa/Penjaga Murid
SK. Montfort
Batu Pahat

Tuan/Puan,

PERMOHONAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN
( KWAPM ) UNTUK MURID-MURID TAHUN 1-5 BAGI TAHUN 2012

Perkara di atas dirujuk.

2. Permohonan KWAPM 2012 sudah dibuka. Sehubungan dengan itu, tuan/puan/penjaga yang berminat diingatkan membuat permohonan KWAPM bagi tahun 2012 berdasarkan kelayakan berikut :
2.1 Murid warganegara Malaysia di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
2.2 Murid yang Ketua Isi Rumahnya (KIR) berdaftar dengan e-KASIH dan dikategorikan sebagai Miskin yang Berpendapatan RM720.00 sebulan atau Perkapita
RM180.00
atau
Miskin Tegar RM430.00 sebulan atau Perkapita RM100.00
2.3 Murid bukan penerima salah satu bantuan berbentuk kewangan seperti Biasiswa Kecil Persekutuan ( BKP ), Biasiswa Sukan, Elaun O.K.U, Biasiswa Kerajaan Negeri, Biasiswa Swasta atau Yayasan. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

3. Borang permohonan boleh didapati secara percuma di pejabat mengikut ketetapan berikut :
3.1 Tarikh permohonan : 18 Ogos - 05 September 2011
3.2 Hari : Waktu Pejabat
3.3 Masa : Wakut Pejabat

4. Sebarang kelewatan menghantar borang permohonan akan menjejaskan pemilihan murid yang layak. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas boleh dirujuk kepada sekolah. ( U/P : GPK HEM/Puan Haslina Binti Hasbi).

Sekian. Terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menurut perintah,


(PN. RAFEAH BINTI MD. SAID)
GPK HEM
SK. MONTFORT
BATU PAHAT

No comments: