MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Tuesday, September 15, 2009

RAYA RAYA RAYA


Biskut raya adalah juadah yang wajib ada pada hari raya ini. Mungkin ada yang bertanya apa istimewanya biskut raya yang saya paparkan ini. Mungkin bekasnya kot yang cantik.


Setelah dikeluarkan daripada bekasnya, terpampanglah keenakan biskut raya yang begitu indah sekali. Nama biskutnya Rose Cornflake. Tapi bukan itu yang nak saya ceritakan. Tapi pengirimnya... Biskut ini dihadiahkan kepada semua staf SK Montfort oleh YDP PIBG , Tn Hj Mazlan bin Mohamad. Terima kasih daun keladi , tuan..
Sepanjang 20 tahun saya di sini , inilah kali pertama saya menerima hadiah biskut raya daripada YDP PIBG. Bukan nak puji YDP yang baru ini tapi memang itulah kenyataannya. Tambah lagi satu koleksi biskut raya saya tahun ini. Tapi biskut yang ini cuma untuk yang teristimewa saja lah...... Apa-apa pun ,saya bagi pihak semua staf ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kpd YDP PIBG SK Montfort, Tn HJ Mazlan atas kesudian beliau menyumbangkan biskut raya pada semua staf.

Meh kita tengok yang seterusnya.

Gambar Kad hari raya ini saya ambil ketika nak balik sekolah tadi. Belek punya belek rupanya daripada Timbalan Perdana Menteri kita.
Terima kasih Tan Sri Dato' Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin.



Kad raya ini pula dikirim oleh Pegawai Pelajaran Batu Pahat. Tn Hj Shapie b Hj Md Shariff.



Kad Hari raya ini pula dikirim oleh Tn Hj Anis Bussari.
PPD Rendah Batu Pahat.


Haaaa, ini pula kad jemputan Rumah Terbuka oleh Tan Sri Dato' Muhyiddin untuk semua warga Montfort.

Sebenarnya ada lagi satu kad jemputan rumah terbuka oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia kepada semua staf SK Montfort.. Tapi tertinggal kat sekolah plk. Esok lah saya paste kan kat sini. Kalau tak salah Rumah Terbuka tersebut akan diadakan pada 15 Syawal.
Esok saya confirmkan lagi ye.

Seperti yang dijanjikan inilah kad jemputan Rumah terbuka anjuran Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. YB DR HJ Mohd Puad bin Zarkashi di Dewan Jubli intan pada 4 Oktober 2009.



Kepada semua pengirim kad hari raya kepada sekolah.. Terima kasih diucapkan...
Saya satu kad pun tak dapat. Cuma dapat kad melalui Emel je.

No comments: