MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Monday, June 6, 2011

SK Montfort dilanda banjir lagi





















6 Jun 2011 Beberapa bilik khas sekolah ini telah ditenggelami air akibat hujan lebat pada awal pagi ini. Bilik-bilik yang terlibat ialah bilik J-Qaf, bilik kelas pemulihan, bilik alatan bantuan pelajaran, bilik seni dan bilik stor pekerja. Pekerja-pekerja pembersihan sekolah ini telah bertungkus lumus membersihkan bilik-bilik tersebut. Sehingga petang air masih bertakung di dalam bilik J-Qaf dan bilik kelas pemulihan. Kawasan sekolah ini berada di kawasan rendah manakala kawasan perumahan yang hampir dengan sekolah ini berada pada paras yang lebih tinggi. Kebarangkalian besar punca air hujan yang melimpah daripada aras tinggi mencurah ke paras yang lebih rendah mengakibatkan kawasan sekolah ini sering ditenggelami air. Beberapa alatan bantuan pelajaran didapati rosak akibat bencana ini. Pihak sekolah telah menghubungi Unit Pembangunan Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat dan dua orang pegawai telah datang menziari kami iatu En Mohd Fadzli Bin Abd Rahman (Pegawai Perolehan dan Aset) dan En Salman Bin Wandi (Unit Pembangunan). Mereka telah memberi pandangan untuk mengatasinya walaupun sekolah ini bertaraf bantuan kerajaan.