MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Wednesday, December 16, 2009

Guru Besar SK Montfort


Mulai 15 Disember 2009 bermulalah era En Ali Bin Yunos
selaku Guru Besar SK Montfort yang baru. Tahniah diucapkan.

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS GURU BESAR


15 Disember 2009 - Majlis Penyerahan tugas Guru Besar SK Montfort telah berlangsung dengan jayanya sambil disaksikan oleh Tn Hj Anis Bussari dan En Rosli Baba ( wakil PPD ) serta Pn Hjh Fathiyah GPK Pentadbiran SK Montfort

Wednesday, December 9, 2009

Sumbangan pokok bunga





Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat khususnya Unit landskap dan Seni Taman kerana telah menyumbangkan pokok teduhan untuk tujuan mengindahkan lagi prasarana SK Montfort Batu Pahat. Semoga jasa baik pihak MPBP akan dirahmati Allah.

PERTUKARAN GURU BESAR SK MONTFORT



Tahun 2009 menyaksikan ramai perpindahan guru-guru. Antara yang telah berpindah adalah Cikgu Razalil kemudian diikuti pula Cikgu Jehan dan Pn Ooi Geok Tin dan kini yang terbaru adalah Guru Besar SK Montfort sendiri akan berpindah ke Segamat. En Yeo Keng Guan akan bertugas di SK Palong 1, Segamat bermula 15 Disember 2009. Tempat beliau akan digantikan dengan En Ali bin Mohd Yunos dari SK Kampung Baru, Senggarang. En Yeo Keng Guan telah berkhidmat selama 5 tahun di Sk Montfort. Selama dibawah pentadbiran beliau telah berlaku banyak perubahan dari segi prasarana dan fizikal sekolah. Semoga dengan kepulangan beliau ke Segamat akan memudahkan beliau memantau kedua ibu bapanya dan diharapkan beliau tidak melupakan SK Montfort. Jasa beliau akan sentiasa dikenang dan semua warga Montfort mengucapkan Selamat bertugas di tempat baru dengan suasana baru. Selamat datang diucapkan kepada En Ali Mohd Yunos ke SK Montfort.