MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Monday, February 22, 2010

JADUAL WAKTU UPPM 1 JOHOR

UNTUK MAKLUMAN SEMUA MURID TAHUN 6 NEGERI JOHOR.
DISERTAKAN BERSAMA-SAMA INI JADUAL PEPERIKSAAN UPPM 1 NEGARI JOHOR

PERTANDINGAN GOLF MSSD 2010

Adik Lee Zhi Feng menerima medal dan sijil MSSD Golf daripada Tuan Guru Besar
(Johan Golf MSSD L12 Batu Pahat)
Adik Ahmad Adzmi bin Amil menerima medal dan sijil daripada Tuan Guru Besar
(Tempat ke 3 Golf MSSD L12 Batu Pahat)
Adik Haziq aneef b Mustaffa sedang menerima sijil penyertaan daripada Tuan Guru Besar
(Tempat ke 4 Golf L12 MSSD)
Adik Aliff Luqman b kamarudin sedang menerima sijil penyertaan daripada Tuan Guru Besar
(Tempat ke 7 Golf L12 MSSD)

Tahniah diucapkan kepada murid  yang berjaya dan yang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Golf MSSD L12  Batu Pahat. Semoga kejayaan anda menjadi perangsang kepada murid lain.

Keceriaan kelas


PERTANDINGAN KELAS PALING CERIA MINGGU PERTAMA 2010
PEMENANG :- KELAS 5A
TAHNIAH DIUCAPKAN

Sunday, February 14, 2010

STRAITS TIMES

Berita mengenai sumbangan Akhbar Didik kepada murid Tahun 6 SK Montfort.

Gara-gara latihan Balapan dan Padang

 
11 Februari 2010 yang lalu telah berlaku satu insiden yang tidak diingini di SK Montfort sewaktu Latihan Sukan Dan Balapan. Seorang murid daripada Rumah Rajawali telah mengalami kecederaan bahagian belakang badan sewaktu melakukan latihan Lompat  Jauh. Sepasukan Pegawai kecemasan dari Hospital Batu telah dipanggil untuk merawat pesakit tersebut. Terima kasih kepada pasukan kecemasan HBP kerana telah bertindak dengan segera apabila dihubungi. Mujur hanya kecederaan kecil sahaja yang dialami oleh murid tersebut. (Post ini dipaparkan setelah mendapat kebenaran murid tersebut). Moga cepat sembuh Norhakim.

Saturday, February 13, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2010


Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua warga Malaysia yang berbangsa cina.
Semoga ceria selalu.

Monday, February 8, 2010

latihan Sukan dan olahraga


8 Februari 2010 - Hari ini bermula latihan Rumah sukan. Sebanyak 4 rumah sukan telah menjalankan l atihan untuk hari pertama hari ini.

Pertandingan Anjuran J Qaf


Persatuan Agama Islam dengan kerjasama guru-guru J Qaf telah berjaya menganjurkan pertandingan Berzanji, Bacaan Al Quran dan tulisan khat untuk murid-murid SK Montfort. Tahniah kepada yang berjaya, kepada yang kurang berjaya cuba lagi. Tahniah juga kepada guru-guru J Qaf kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan.

Hadiah Bola Sepak


Pasukan Bola Sepak SK Montfort telah berjaya memperolehi tempat ke 4 dalam pertandingan Bola Sepak MSSC Bandar yang telah dilangsungkan pada hari khamis dan jumaat yang lalu. Tahniah diucapkan.

Mesyuarat Guru Kali ke 2







06 Februari 2010- Mesyuarat Guru kali ke 2 telah diadakan dengan jayanya pada hari sabtu bermula jam 12.30 tgh hari dan berakhir jam 2.15 ptg. banyak perkara yang diperkatakan dan segala input yang diperolehi akan dijadikan panduan oleh semua guru.