MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Thursday, October 21, 2010

Latihan Kecemasan Dan Kebakaran

Pada Hari Khamis  7 Oktober 2010 yang lalu telah berlangsung satu Demonstrasi Latihan Kecemasan dan Kebakaran di SK Montfort. Sepasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Batu Pahat telah menunjukkan teknik yang betul untuk memadamkan kebakaran yang berlaku . Selain demonstrasi , ceramah juga dijalankan untuk semua murid SK Montfort. Terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan program ini. (Gambar sumbangan Cik Nordiana Muhayat).

Wednesday, October 20, 2010

CERAMAH PENCEGAHAN JENAYAH DI KALANGAN KANAK-KANAK

Tajuk Ceramah yang akan disampaikan 
 Tn Guru Besar bersama Tn Insp Mohd Rodzi bin Abdullah
 Pengacara Majlis,  Pn Noraishah bt Ithnin
 Didahului dengan bacaan doa oleh Ust Shahrunnazri.
20 Oktober 2010 - Ceramah 3K dan Program Selepas UPSR diadakan lagi. Kali ini Pegawai dari PDRM Batu Pahat telah dijemput hadir bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk Mencegah Perlakuan Jenayah Di awal Remaja. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Insp Mohd Rodzi bin Abdullah, Pegawai Penyiasat Jenayah PDRM Batu Pahat. Banyak input yang diberikan kepada semua murid SK Montfort.  Tahniah kepada penyelaras program En Suhaimi Ali selaku Pegawai Bimbingan Kaunseling Sk Montfort dan AJK kerana telah berjaya menganjurkan program yang sangat berguna ini.

Tuesday, October 19, 2010

Final Liga Bola Sepak Tahun 6 2010

Berikut adalah pasukan yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir dalam Pertandingan liga Bola Sepak Tahun 6. Juara adalah pasukan yang diwakili oleh Mohd Irfan, Lee Tsang wyne, Nila dan Zhafri. Tahniah diucapkan...

Monday, October 18, 2010

Khatam Al Quran Daerah Batu Pahat

Seramai 12 orang murid Tahun 6 (2010) telah terlibat dalam Majlis Khatam Al Quran Peringkat Daerah Batu Pahat yang telah diadakan di SK Senggarang, Batu Pahat pada hari Khamis 14 Oktober yang lalu. 5 orang guru pengiring telah turut serta dalam majlis tersebuat.

Thursday, October 14, 2010

Tuesday, October 12, 2010

Perkhemahan Pelajar di Pusat Ko kurikulum JB




10 Oktober 2010 - Seramai 4 orang pelajar SK Montfort telah menyertai Perkhemahan unit Beruniform sempena program selepas UPSR anjuran JPNJ pada 4 hingga 8 Oktober yang lalu. Apa yang membanggakan keempat- pelajar tersebut telah menggondol hadiah Penyertaan Terbaik dan ke 3 terbaik negeri Johor dalam aktiviti yang dijalankan . Penyertaan adalah dari Sekolah-sekolah serata Johor. Tahniah kepada Lee Zhi Feng dan Truman Ng kerana mendapat tempat pertama manakala Fauzan dan Halim telah mendapat tempat ke 3.

Majlis Khatam Al Quran J Qaf


























10 Oktober 2010 - Majlis Khatam Al Quran J-Qaf telah selamat diadakan pada hari ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG Tn Hj Mazlan bin Mohamed. Turut serta dalam majlis tersebut Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit Agama Islam dan J-Qaf  Ust Mohd Zin . Tahniah kepada semua murid Tahun 6 kerana telah berjaya mengkhatamkan Al Quran menjelang umur 12 tahun. Tahniah guru-guru J-Qaf kerana telah berjaya merealisasikan amanat kerajaan Malaysia.