30 Ogos 2010 - Kelas 6C telah diumumkan kelas terbersih selama 3 minggu berturut-turut. Oleh itu Kelas tersebut telah menerima hadiah bonus daripada pihak sekolah atas kejayaan mengekalkan tahap kebersihan yang memberangsangkan. Semoga kelas-kelas lain mengikut langkah kelas ini. Tahniah cikgu Nordiana dan anak-anak didiknya.
MAKLUMAN
SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI
Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.
Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.
Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014
Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.
Tuesday, August 31, 2010
Yang datang dan yang pergi
Guru Pelatih yang telah menamatkan latihan di SK Montfort baru-baru ini. En Nikman dan Cik wahidah.
3 orang Guru Pelatih yang datang untuk Rancangan Orientasi Sekolah baru-baru ini.
Friday, August 27, 2010
Wednesday, August 25, 2010
Kuiz Bulan Kemerdekaan ke 53
25 Ogos 2010 (Rabu) - Kuiz Bulan Kemerdekaan telah berlangsung di Dewan Terbuka SK Montfort. Sebanyak 4 Pasukan yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 telah sama-sama menjayakan kuiz tersebut. Kuiz telah dipengacarakan oleh Cikgu Suhaimi dan Cik Nurul Hafeeza.
Majlis Pelancaran Kemerdekaan Malaysia ke 53
23 Ogos 2010 (Isnin)- Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Malaysia ke 53 Peringkat sekolah telah diadakan di Dataran Perhimpunan SK Montfort pada hari ini. Sambutan yang begitu meriah itu telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Said Bin Jamhari (Pengerusi Penulis-Penulis Melayu Daerah Batu Pahat). YDP PIBG SK Montfort , Tn Hj Mazlan bin Mohamed telah turut serta dalam majlis tersebut. Tahniah kepada Jawatan kuasa yang terlibat dalam melaksanakan program tersebut sehingga berjaya.
PEMERIKSAAN GIGI MURID
Pemeriksaan gigi berkala murid-murid SK Montfort telah diadakan bermula 17 Ogos 2010 yang bertempat di Bilik Sains sekolah. Sepasukan kakitangan pergigian dari Klinik Pergigian Batu Pahat telah berkerjasama dalam melaksanakan program tersebut.
Monday, August 16, 2010
Utusan Kad Selamat Hari Raya
Warga SK Montfort mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada YB Dr Hj Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia kerana telah mengutuskan Kad ucapan Hari Raya kepada warga SK Montfort.
CEMERLANG UPPM 3 TAHUN 2010
Seramai 9 orang murid telah memperolehi 5A dan 12 orang murid lagi memperolehi 4A1B (75-78%) dalam Peperiksaan UPPM 3 yang baru lalu. Semoga 21 orang murid ini akan memperolehi 5A dan dengan lebih ramai pelajar lagi memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti.
Friday, August 13, 2010
SUMBANGAN UNTUK ANAK YATIM
13 Ogos 2010 - Sumbangan untuk anak-anak yatim SK Montfort telah serahkan pada pagi ini. Sumbangan telah didermakan oleh seorang individu yang bermurah hati. Terima kasih Pn Zaharah atas sumbangan tersebut.
Tuesday, August 10, 2010
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK PADA TAHUN INI KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI YANG BERAGAMA ISLAM. SEMOGA TAHUN INI KITA DAPAT MENUNAIKAN PUASA DENGAN MEMPEROLEHI KEBERKARAAN. AMINNN.
Tuesday, August 3, 2010
Solat Hajat Perdana Sempena UPSR 2010
30 Julai 2010 (jumaat)- Solat hajat perdana sempena UPSR telah selamat diadakan di dewan terbuka SK Montfort. Sambutan daripada ibu penjaga tahun ini sangat menggalakkan. 90 % ibu bapa telah hadir dalam majlis tersebut.Majlis yang bermula daripada maghrib telah tamat pada jam 10.00 mlm. tahniah kepada panitia Agama Islam kerana barjaya mengendalikan majlis dengan jayanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)