MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Tuesday, September 29, 2009

Mesyuarat Penaiktarafan Bangunan Sekolah


29 September 2009 - Satu mesyuarat Penaiktarafan Bangunan Sekolah Montfort telah diadakan pada jam 12.30 tgh hari ini. Mesyuarat ini diadakan untuk menerima maklum balas dari kalangan Ajk yang terdiri daripada guru-guru yang memegang bilik-bilik khas. Kerajaan telah meluluskan peruntukan yang agak banyak untuk menaiktaraf bangunan sekolah ini. Antara perkara yang terlibat dalam program penaiktarafan ini adalah termasuk:-
1. Bilik Operasi Sukan.
2. Bilik operasi Buku Teks.
3. Perpustakaan.
4. Dewan terbuka.
5. Bilik Alat dan Bahan Bantu Mengajar.
6. Perparitan.
7. Tandas.
8. Gajah Menyusur.
9. Pejabat dan bilik guru.

Segala keperluan yang akan dinaiktaraf ini adalah untuk kemudahan dan keselesaan guru dan murid-murid SK Montfort.
Terima kasih kepada pihak kerajaan yang memerintah.

Sunday, September 27, 2009

Wednesday, September 23, 2009

Keindahan matematik

Beberapa pengiraan matematik yang indah.

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321



Now, take a look at this...


101%



From a strictly mathematical viewpoint:



What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?


What equals 100% in life?


Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:


H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%


And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%


But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%



THEN, look how far the love of God will take you:



L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

Tuesday, September 22, 2009

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan

17 Sept 2009 - Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan telah diadakan dengan jayanya dibawah kelolaan Cik Nurul Hafeeza bt Ismail.


Ini dia penyelaras majlis.













Rakaman peristiwa menceritakan segalanya.

Friday, September 18, 2009

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA




Dikesempatan ini saya berserta keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada :-
Semua pengunjung blog ini, ibu saya (Bonda Zawliah), bapa dan ibu mertua saya (Tok Mat dan Mak Besah), abang-abang dan kakak saya (Jamal, izan, muazam), adik-adik saya (Ard dan Dalin), ipar duai saya ( Beesam,Muleazy,Mlah,Zira,Niah,Ju,Setri nina) berserta suami dan isteri masing-masing, Rakan sekerja din kambu, saaidon, zaba, diana, pn faridah, hjh jehan, nurul, pn hassnah, pn zaiton, azlina, suhaimi, mala, ust shaari, shafie, zack, nazri, anuar, hjh zaharah, aiyshah, faizah, hafizah, wan norliza, rin, yusni, radziah, kay, kambali, badlisyah, shaharbanun, morni, asbanizam. Para pentadbir, hjh Fathiyah, pn rafeah, en sakip. Kakitangan sokongan pn raiza, pn haslina, don, man. Pekerja kebersihan Bang Mat, Bang Talib dan isteri. Org kuat Montfort Pak Talib , kak misah serta pekerja kantin. Rakan-rakan JU Sains dan math Negeri Johor ( Zul, kamal, wan, hashim, lan, azrol, dll), rakan-rakan JU Sains Daerah,Pengerusi JKD Sains Daerah ( hj Sarip), rakan-rakan di MGC Batu Pahat, muar, rakan-rakan di penang(cikgu zazol nizam dan cikgu zarina), murid-murid SK Montfort. Pegawai-pegawai dan kaki tangan di PPD Batu Pahat. Rakan-rakan yg bertugas untuk lpm, ppk, bbt, btp, bpg serta seluruh warga Malaysia yang mengenali saya.

Wednesday, September 16, 2009

CERITA HARI INI






16 Sept - Hujan yang turun mencurah-curah dengan lebatnya menyebabkan berlakunya banjir kilat di SK Montfort. Nasib baik saya tidak terperangkap dalam banjir yang melanda. Rupa-rupanya bukan di Montfort je banjir , kawasan mahkamah dan tasik Y juga naik air. Lama juga tak tengok banjir berlaku. Tapi alhamdulillah sbb Allah dah turunkan hujan yang dapat menyejukkan bumi Batu Pahat yang dah tak hujan untuk sekian lamanya.

Sebelum banjir berlaku saya pergi ke PPD untuk menghantar lapuran ADaPP di PPD.
Beginilah suasana di PPD.



Kena ikut turn,,, nak satukan maklumat dalam daerah.

Lepas tu,, saya sempat juga menziarahi isteri yang kebetulan kerja di PPD Batu Pahat. Hiiiihihi.

Tuesday, September 15, 2009

RAYA RAYA RAYA


Biskut raya adalah juadah yang wajib ada pada hari raya ini. Mungkin ada yang bertanya apa istimewanya biskut raya yang saya paparkan ini. Mungkin bekasnya kot yang cantik.


Setelah dikeluarkan daripada bekasnya, terpampanglah keenakan biskut raya yang begitu indah sekali. Nama biskutnya Rose Cornflake. Tapi bukan itu yang nak saya ceritakan. Tapi pengirimnya... Biskut ini dihadiahkan kepada semua staf SK Montfort oleh YDP PIBG , Tn Hj Mazlan bin Mohamad. Terima kasih daun keladi , tuan..
Sepanjang 20 tahun saya di sini , inilah kali pertama saya menerima hadiah biskut raya daripada YDP PIBG. Bukan nak puji YDP yang baru ini tapi memang itulah kenyataannya. Tambah lagi satu koleksi biskut raya saya tahun ini. Tapi biskut yang ini cuma untuk yang teristimewa saja lah...... Apa-apa pun ,saya bagi pihak semua staf ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kpd YDP PIBG SK Montfort, Tn HJ Mazlan atas kesudian beliau menyumbangkan biskut raya pada semua staf.

Meh kita tengok yang seterusnya.

Gambar Kad hari raya ini saya ambil ketika nak balik sekolah tadi. Belek punya belek rupanya daripada Timbalan Perdana Menteri kita.
Terima kasih Tan Sri Dato' Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin.



Kad raya ini pula dikirim oleh Pegawai Pelajaran Batu Pahat. Tn Hj Shapie b Hj Md Shariff.



Kad Hari raya ini pula dikirim oleh Tn Hj Anis Bussari.
PPD Rendah Batu Pahat.


Haaaa, ini pula kad jemputan Rumah Terbuka oleh Tan Sri Dato' Muhyiddin untuk semua warga Montfort.

Sebenarnya ada lagi satu kad jemputan rumah terbuka oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia kepada semua staf SK Montfort.. Tapi tertinggal kat sekolah plk. Esok lah saya paste kan kat sini. Kalau tak salah Rumah Terbuka tersebut akan diadakan pada 15 Syawal.
Esok saya confirmkan lagi ye.

Seperti yang dijanjikan inilah kad jemputan Rumah terbuka anjuran Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. YB DR HJ Mohd Puad bin Zarkashi di Dewan Jubli intan pada 4 Oktober 2009.



Kepada semua pengirim kad hari raya kepada sekolah.. Terima kasih diucapkan...
Saya satu kad pun tak dapat. Cuma dapat kad melalui Emel je.

Monday, September 14, 2009

KELAS PALING CERIA DAN BERSIH



Isnin 14 Sept -Kelas 5B telah menerima hadiah hamper kerana telah menjuarai kelas terbersih selama 3 minggu berturut-turut. Hamper disampaikan oleh GPK Hem Pn Rafeah Bt Md Said kepada guru kelas 5B Pn Azlina bt Othman dan Ketua Kelas 5B pada perhimpunan mingguan pagi ini.

Wednesday, September 9, 2009

UPSR


PENGAWAS PEPERIKSAAN YANG TERLIBAT DI SK MONTFORT

ANTARA GURU YANG SUSAH HATI BILA ANAK-ANAK DIDIKNYA MENGAMBIL PEPERIKSAAN UPSR.
GAMBAR INI DIAMBIL SEBELUM HARI PEPERIKSAAN. TAPI MACAM SUASANA PEPERIKSAAN PULAK.

KEPADA SEMUA PENGAWAS PEPERIKSAAN,
TERIMA KASIH KERANA MELUANGKAN MASA MENGAWASI CALON UPSR MONTFORT.

Tuesday, September 8, 2009

MENJELANG UPSR

MENJELANG UPSR






Aktiviti rutin yang dilakukan sebelum masuk ke dewan peperiksaan.