MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Tuesday, March 30, 2010

Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

26 Mac 2010- Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah dijalankan dengan penuh meriah pada hari ini. Berbagai acara diadakan termasuklah nasyid, bacaan Al Quran, Azan dan ceramah agama yang disampaikan oleh Ust Wan dari SK Tengku Mariam. Untuk melihat rakaman peristiwa seterusnya,, sila klik "read more"

Sumbangan Kelab Staff

Sumbangan ikhlas daripada Kelab staff, Guru dan kakitangan serta murid-murid telah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Staff 2010 En Abd Razak bin Suleiman kepada Pn Wan Norliza dan En Harnek Singh Gill kerana kematian orang yang disayangi . Takziah diucapkan.

Monday, March 22, 2010

Majlis Perlantikan Pemimpin Murid SK Montfort






22 Mac 2010- Satu majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Murid yang terdiri daripada Pengawas, Pustakawan dan Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas telah dilangsungkan dengan jayanya pada hari ini. Majlis ini dirasmikan oleh Wakil Rasmi Ketua Polis Daerah Batu Pahat iaitu Sub Inspektor A. Karim bin Sabtu selaku Timbalan Ketua Balai Batu Pahat. Walaupun ketiadaan bekalan elektrik sejak jam 5.30 pagi, majlis tetap dilangsungkan . Terima kasih kepada semua guru yang ringan tulang bagi membantu menjayakan majlis ini. Semoga dengan penyampaian watikah ini, semua pemimpin murid dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.

PENUBUHAN PASUKAN J-ROBIK DAN ZAPIN SEKOLAH



13 Mac 2010- Hari ini bermula satu era baru kebangkitan SK Montfort dalam arena J-Robik dan Tarian Zapin. Penubuhan pasukan ini telah disarankan oleh Tuan Guru Besar, En Ali bin Mohd Yunus dan Penyelaras pasukan ini adalah En Abd Razak bin Suleiman. Tenaga Pengajar yang turut sama memberi sumbangan kepakaran ialah En Faizal daripada Rakan Muda Batu Pahat. Apa yang diharapkan adalah pasukan seramai 42 orang ini dapat mengembalikan kegemilangan SK Montfort. Latihan diadakan setiap hari sabtu jam 2.30 hingga 5.00 petang.

Friday, March 12, 2010

JADUAL KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 CUTI SEKOLAH


SILA RUJUK JADUAL YANG DIBERIKAN.

Al Fatihah.....


11 Mac 2010 - Ucapan takziah diberikan kepada En Mohd Zainuddin bin Bahari kerana pemergian bapanya ke rahmatullah pada hari Isnin yang lalu. Sehubungan dengan itu pihak sekolah menghulurkan sedikit sumbangan kepada Cikgu Zainuddin. Sumbangan daripada guru-guru, Kelab Staff dan Pembekalan Peralatan Pejabat (Sykt Printis) telah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Staff kepada En Zainuddin dalam satu upacara ringkas semalam.

PEMANTAUAN PUSAT SUMBER

11 MAC 2010 - Pemantauan Pengurusan Pusat Sumber dan ICT telah dijalankan oleh 2 orang pegawai dari Pusat Kegiatan Guru Daerah Batu Pahat. En Rosli dari PKG Senggarang dan En Mohd Hafiz dari PKG Ayer Hitam telah membari banyak input cara mana untuk menambahbaikkan lagi Pusat Sumber dan Bilik ICT. Terima kasih diucapkan atas pemantauan yang dijalankan.

Tuesday, March 9, 2010

PUSAT SUMBER BERPINDAH LOKASI




Pada tahun ini Pusat Sumber SK Montfort berubah wajah . Terdapat berberapa penambahbaikkan seperti susun atur bahan bacaan, lantai jubin, Sistem "bar code" buku akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat , Dataran ilmiah akan diguna untuk menempatkan bahan bacaan tambahan sewaktu rehat, laluan maklumat akan diwujudkan dan dimuatkan dengan segala maklumat .

Monday, March 8, 2010

KEJOHANAN GOLF MSS JOHOR

Tahniah adik Lee Zi Feng kerana berjaya menyandang tempat ke 2 dalam kejohanan Golf MSS  Johor dalam acara lelaki 12 tahun. Untuk cabaran seterusnya beliau akan mewakili Johor dalam Sukan Golf MSSM.
Tahniah dan teruskan usaha anda untuk menaikkan nama sekolah di persada antarabangsa.

Sunday, March 7, 2010

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK MONTFORT





    05 mAC 2010

05 Mac 2010 - Kejohanan Balapan Dan Padang SK Montfort telah berlangsung dengan jayanya di Padang SMK Tinggi Batu Pahat. Pasukan yang menjuarai pada tahun ini adalah Rumah Pasukan Kenari. ( Lain-lain gambar akan di masukkan dalam masa terdekat. harap maklum.