MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

KATA ALUAN




Asalammualaikum WBT dan salam Satu Malaysia. 
Selamat datang ke Laman Blog SK Montfort. Laman blog ini diterbitkan sebagai satu wadah perhubungan dan maklumat berkaitan SK Montfort dengan dunia luar menggunakan perkhidmatan jalur lebar. Laman blog ini telah mula diwujudkan seawal tahun 2009 dan telah dimurnikan lagi berasaskan perkembangan dalam pembikinan blog. Segala maklumat yang disebar luaskan dalam laman ini memberi peluang kepada masyarakat di luar agar mengenali dan memahami SK Montfort. Ianya juga sebagai sumber rujukan kepada warga SK Montfort dalam mengetahui perkembangan semasa dan rakaman peristiwa yang berlangsung di sekolah ini. Apa yang diharapkan agar pelawat dapat input yang berguna dalam laman blog ini. Selain itu para pengunjung boleh juga mengetahui perkembangan semasa yang akan dikemaskini di dalam Facebook Sk Montfort di laman fb berikut https://www.facebook.com/skm.bp
Terima kasih.