MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Wednesday, December 16, 2009

Guru Besar SK Montfort


Mulai 15 Disember 2009 bermulalah era En Ali Bin Yunos
selaku Guru Besar SK Montfort yang baru. Tahniah diucapkan.

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS GURU BESAR


15 Disember 2009 - Majlis Penyerahan tugas Guru Besar SK Montfort telah berlangsung dengan jayanya sambil disaksikan oleh Tn Hj Anis Bussari dan En Rosli Baba ( wakil PPD ) serta Pn Hjh Fathiyah GPK Pentadbiran SK Montfort

Wednesday, December 9, 2009

Sumbangan pokok bunga





Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat khususnya Unit landskap dan Seni Taman kerana telah menyumbangkan pokok teduhan untuk tujuan mengindahkan lagi prasarana SK Montfort Batu Pahat. Semoga jasa baik pihak MPBP akan dirahmati Allah.

PERTUKARAN GURU BESAR SK MONTFORT



Tahun 2009 menyaksikan ramai perpindahan guru-guru. Antara yang telah berpindah adalah Cikgu Razalil kemudian diikuti pula Cikgu Jehan dan Pn Ooi Geok Tin dan kini yang terbaru adalah Guru Besar SK Montfort sendiri akan berpindah ke Segamat. En Yeo Keng Guan akan bertugas di SK Palong 1, Segamat bermula 15 Disember 2009. Tempat beliau akan digantikan dengan En Ali bin Mohd Yunos dari SK Kampung Baru, Senggarang. En Yeo Keng Guan telah berkhidmat selama 5 tahun di Sk Montfort. Selama dibawah pentadbiran beliau telah berlaku banyak perubahan dari segi prasarana dan fizikal sekolah. Semoga dengan kepulangan beliau ke Segamat akan memudahkan beliau memantau kedua ibu bapanya dan diharapkan beliau tidak melupakan SK Montfort. Jasa beliau akan sentiasa dikenang dan semua warga Montfort mengucapkan Selamat bertugas di tempat baru dengan suasana baru. Selamat datang diucapkan kepada En Ali Mohd Yunos ke SK Montfort.

Thursday, November 26, 2009

Montfort berubah wajah




    BILIK GPK AKAN MENJADI PERPUSTAKAAN

    LANTAI KELAS DIBAIK PULIH UNTUK KESELESAAN YANG JITU

    PERPUSTAKAAN AKAN BERUBAH TEMPAT


    LANTAI DEWAN TERBUKA DIBAIK PULIH UNTUK DIPASANG JUBIN
    UNTUK KESELESAAN MURID KETIKA MAJLIS PERHIMPUNAN
    DAN MAJLIS RASMI



    DATARAN ILMIAH
    TELAH DIRASMIKAN OLEH YB KOH CHEE CHAI HUJUNG TAHUN LALU.


    DI BAHAGIAN HUJUNG ADALAH TEMPAT MELETAK BASIKAL DAN MOTOSIKAL
    JUGA TEMPAT MENUNGGU KENDERAAN IBU BAPA / PENJAGA
    KETIKA PULANG KE SEKOLAH


    LALUAN KENDERAAN BERBUMBUNG DIGUNAKAN UNTUK MENGHANTAR DAN MENGAMBIL MURID KETIKA HUJAN. ( PINTU PAGAR KE DUA )

    SEBUAH BANGUNAN AKAN BAKAL DIBINA DI SINI.



Tahun 2010 bakal melihatkan perubahan yang agak ketara dari segi prasarana di SK Montfort. Antara perubahan yang bakal dilihat adalah
  • Lantai bilik darjah yang rosak diperbaiki. (on)
  • Pintu-pintu bilik darjah dibaik pulih.
  • Lampu dan kipas di bilik darjah diperbaiki.
  • Perpustakaan akan beralih lokasi. (on)
  • Bilik GPK dan bilik Mesyuarat.(on)
  • Laluan murid ketika hujan.(on)
  • Dewan dan pentas untuk majlis rasmi sekolah.(on)
  • Bilik Sukan akan dinaik taraf.
  • Bilik SPBT, muzik dan Pemulihan juga akan dinaik taraf.
  • Bilik Sains dijangka berubah wajah.
  • dan lain-lain peningkatan prasarana yang akan saya beritahu kemudian.
Terima kasih kepada bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada SK Montfort dalam meningkatkan kemudahan fizikal dan prasarana.

Friday, November 20, 2009

UPSR RESULT




    Pn Ooi geok Tin sedang memikirkan anak-anak muridnya yang sedang menerima keputusan UPSR

    Pn Azlina, Pn Hjh Hassnah dan Cik Nordiana sedang membuat post mortem UPSR untuk BI dan BM

    Antara ibu bapa dan penjaga sedang meninjau keputusan UPSR yang dipaparkan di papan kenyataan.

    12 orang pelajar yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR bergambar bersama Admin.

    Bersama GPK 1 dan Cik-cik SK Montfort

    Antara ibu bapa mendengar keputusan UPSR yang disampaikan oleh GPK 1

    Tekun mendengar pengumuman.

    Prestasi Matematik meningkat... Tahniah Cikgu Zainuddin.


    Pengumuman disampaikan oleh GPK 1



Tahniah daripada pihak sekolah kepada murid yang berjaya memperolehi 5A dan yang lulus dalam peperiksaan UPSR 2009.
Kepada yang tidak berjaya usaha lebih tekun lagi dalam peperiksaan PMR.

Monday, November 16, 2009

LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN

















16 November 2009 - Demonstrasi menyelamat bersempena Kempen sekolah selamat telah berjaya dijalankan dengan suasana yang meriah sekali. Pada hari ini juga diadakan tunjukcara memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api. selain itu ceramah keselamatan diadakan selepas demonstrasi dijalankan. Pada keseluruhannya, program keselamatan, kecemasan dan kebakaran telah berjaya dilaksanakan. Tahniah kepada En Suhaimi selaku penyelaras program.

Saturday, November 14, 2009

Latihan dalam perkhidmatan















14 NOVEMBER 2009 - Latihan dalam Perkhidmatan telah dijalankan di SK Montfort pada hari ini. Fasilitator kali ini adalah En Zaim daripada SMK Dato Onn. Terima kasih diucapkan kerana memberi input yang berguna kepada semua guru yang hadir dalam Teknik menjalankan Team building. Yang tak hadir sila beri surat tunjuk sebab,,,, hahahaha gurau aje.