MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Wednesday, November 30, 2011

Hjh Fathiyah bersara


 Hari ini 30/11/2011 Rabu maka berakhirlah perkhidmatan Pn Hjh Fathiyah selaku GPK Pentadbiran SK Montfort setelah berkhidmat selama 9 tahun di SK Montfort. Terima kasih atas bimbingan dan tunjuk  ajar yang diberikan kepada semua staf di SK Montfort. Semoga berbahagia selalu. Jangan lupakan kami di sini.

Saturday, November 26, 2011

Cadangan Perincian Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2012

Perincian Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2012

Penggal Persekolahan Tahun 2012_cuti Ganti Dan Peristiwa

Penggal Persekolahan Tahun 2012_cuti Ganti Dan Peristiwa

Friday, November 18, 2011

LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN


 17 November 2011- Latihan Kecemasan dan Kebakaran telah diadakan dengan jayanya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Batu Pahat . Tahniah kepada semua warga yang telah sama-sama menjayakan latihan tersebut.

Friday, November 11, 2011

Khatam Al Quran J Qaf 2011


 Jumaat 11/11/2011 - Khatam Al Quran J Qaf telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di Dewan Terbuka SK Montfrort. Tahniah guru-guru J Qaf kerana telah berjaya mendidik anak-anak Montfort sehingga khatam .

Thursday, November 10, 2011

Maklumat Terkini

1. Majlis Perpisahan Pengawas bersama murid tahun 6 dan pustakawan akan diadakan pada hari Selasa 15/11/2011 bermula jam 8.30 pagi. Semua yang terlibat dijemput hadir.
2. Majlis Khatam Al Quran JQAF akan diadakan pada hari jumaat 11/11/2011 bermula jam 7.30 pagi .
3. Majlis Anugerah Cemerlang akan diadakan pada hari rabu 16/11/2011 bermula jam 8.00 pagi.
4. Majlis Perpisahan Pn Hjh Fathiyah dan CikHafizah akan diadakan pada hari khmais 17/11/2011 pada jam 11.00 pagi.
5. Pengumuman calon yang menerima keputusan cemerlang UPSR akan diumumkan pada hari khamis 17/11/2011 pada jam 10.00 pagi.
Semua aktiviti dan acara akan diadakan di dewan sekolah..................... Jamuan akhir tahun kelab staf akan diadakan selepas majlis anugerah cemerlang di hotel landmark. Harap maklum.

Sunday, October 30, 2011




03 Oktober 2011-Kempen  Jom, Suka dan awal ke sekolah telah dilancarkan pada hari ini oleh Tuan Guru Besar , En Ali Bin Mohd Yunus. Kempen ini diadakan bertujuan mendidik murid-murid agar lebih awal datang ke sekolah selain menjadikan sifar ponteng amalan kita semua. Kempen ini telah dianjurkan oleh Unit Disiplin SK Montfort.

Friday, September 30, 2011

Bantuan KWAMP



23 September 2011- Bantuan KWAMP kepada ibu bapa dan penjaga murid yang layak telah diadakan di Perpustakaan SK Mnotfort.

Monday, September 12, 2011

New Hits

Lagu Rasmi Perhimpunan SK Montfort
Boleh dengar dan muat turun di sini:


1. Lagu SK. Montfort






Tuesday, September 6, 2011

PERMOHONAN KWAPM 2012

Ibu Bapa/Penjaga Murid
SK. Montfort
Batu Pahat

Tuan/Puan,

PERMOHONAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN
( KWAPM ) UNTUK MURID-MURID TAHUN 1-5 BAGI TAHUN 2012

Perkara di atas dirujuk.

2. Permohonan KWAPM 2012 sudah dibuka. Sehubungan dengan itu, tuan/puan/penjaga yang berminat diingatkan membuat permohonan KWAPM bagi tahun 2012 berdasarkan kelayakan berikut :
2.1 Murid warganegara Malaysia di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
2.2 Murid yang Ketua Isi Rumahnya (KIR) berdaftar dengan e-KASIH dan dikategorikan sebagai Miskin yang Berpendapatan RM720.00 sebulan atau Perkapita
RM180.00
atau
Miskin Tegar RM430.00 sebulan atau Perkapita RM100.00
2.3 Murid bukan penerima salah satu bantuan berbentuk kewangan seperti Biasiswa Kecil Persekutuan ( BKP ), Biasiswa Sukan, Elaun O.K.U, Biasiswa Kerajaan Negeri, Biasiswa Swasta atau Yayasan. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

3. Borang permohonan boleh didapati secara percuma di pejabat mengikut ketetapan berikut :
3.1 Tarikh permohonan : 18 Ogos - 05 September 2011
3.2 Hari : Waktu Pejabat
3.3 Masa : Wakut Pejabat

4. Sebarang kelewatan menghantar borang permohonan akan menjejaskan pemilihan murid yang layak. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas boleh dirujuk kepada sekolah. ( U/P : GPK HEM/Puan Haslina Binti Hasbi).

Sekian. Terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menurut perintah,


(PN. RAFEAH BINTI MD. SAID)
GPK HEM
SK. MONTFORT
BATU PAHAT

Tuesday, July 26, 2011

UJIAN FORMATIF 2 ( TAHAP 1 ) 2011

SELASA - 26/7/2011
01.15 - 02.05 PM - BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
02.15 - 03.30 PM - BAHASA MELAYU PENULISAN
03.30 - 03.50 PM - REHAT
04.00 - 05.00 PM - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DAN PENDIDIKAN MORAL
05.15 - 06.15 PM - BAHASA ARAB / BAHASA CINA

RABU - 27/7/2011
01.15 - 02.30 PM - MATEMATIK
02.30 - 03.30 PM - ULANGKAJI
03.30 - 03.50 PM - REHAT
04.00 - 05.15 PM - BAHASA INGGERIS
05.15 - 06.20 PM - ULANGKAJI

KHAMIS - 28/7/2011
02.00 - 03.15 PM - SAINS
03.30 - 03.50 PM - REHAT
03.50 - 05.50 PM - BELAJAR SEPERTI BIASA

Jadual Peperiksaan UPPM 3 dan Ujian Formatif 2 / 2011

SELASA - 26/7/2011.
0740 - 0830 - BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
0845 - 1000 - BAHASA MELAYU PENULISAN
1000 - 1020 - REHAT
1040 - 1120 - MATEMATIK KERTAS 2
1145 - 1245 - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DAN PENDIDIKAN MORAL

RABU - 27/7/2011
0740 - 0840 - MATEMATIK KERTAS 1
0850 - 0950 - PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
1000 - 1020 - REHAT
1040 - 1140 - KAJIAN TEMPATAN
1150 - 1250 - KEMAHIRAN HIDUP

KHAMIS - 28/7/2011
0740 - 0855 - SAINS
0910 - 1000 - BAHASA INGGERIS KERTAS 1
1000 - 1020 - REHAT
1025 - 1140 - BAHASA INGGERIS KERTAS 2
1145 - 1245 - BAHASA ARAB

Saturday, July 23, 2011

Audit Akademik UPPM 2 bersama Pegawai PPD Batu Pahat




Audit Akademik UPPM 2 bersama Pegawai PPD Batu Pahat telah diadakan pada hari Isnin 18 Julai 2011 yang lalu. Seramai 3 orang pegawai PPD dari Sektor Akademik iaitu  Tn Hj Hassan Salleh, En Saharuddin  dan Tn Hj Hamdan Sairi telah bersama-sama dalam Audit Akademik ini. Para pegawai PPD menyarankan pihak sekolah meningkatkan lagi prestasi akademik untuk mencapai tahap seperti yang disasarkan. Selain itu kumpulan murid hampir cemerlang dan hampir menguasai perlu dikumpulkan berasingan dan diberikan latihan yang berbeza supaya penguasaan mereka bertambah dalam UPSR nanti. Selamat Berjuang.........

Hari Perbincangan Kecemerlangan Murid 2011

 Hari perbincangan kecemerlangan akademik, sahsiah dan disiplin murid telah diadakan pada 1 Julai 2011 yang lalu. Seramai 90% ibu bapa telah datang berbincang dengan guru kelas . Kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan Hari Terbuka ini sangat-sangat dihargai. Lagi gambar..... klik read more di bawah.

Perpindahan Guru.

Seramai dua orang guru SK Montfort terlibat dalam perpindahan dan kenaikkan pangkat. Pegawai yang terlibat adalah:
1. En Nik Rozi bin Kasim ( Penyelia Petang ) - Berpindah ke Pahang sebagai GPK Ko Kurikulum.
2. En Harnek Singh Gill ( GPK Ko Kurikulum ) berkemungkinan besar akan berpindah ke SK Ladang Yong Peng sebagai Guru Besar.

Tahniah kepada mereka...... semoga sukses di tempat baru.

Monday, June 6, 2011

SK Montfort dilanda banjir lagi





















6 Jun 2011 Beberapa bilik khas sekolah ini telah ditenggelami air akibat hujan lebat pada awal pagi ini. Bilik-bilik yang terlibat ialah bilik J-Qaf, bilik kelas pemulihan, bilik alatan bantuan pelajaran, bilik seni dan bilik stor pekerja. Pekerja-pekerja pembersihan sekolah ini telah bertungkus lumus membersihkan bilik-bilik tersebut. Sehingga petang air masih bertakung di dalam bilik J-Qaf dan bilik kelas pemulihan. Kawasan sekolah ini berada di kawasan rendah manakala kawasan perumahan yang hampir dengan sekolah ini berada pada paras yang lebih tinggi. Kebarangkalian besar punca air hujan yang melimpah daripada aras tinggi mencurah ke paras yang lebih rendah mengakibatkan kawasan sekolah ini sering ditenggelami air. Beberapa alatan bantuan pelajaran didapati rosak akibat bencana ini. Pihak sekolah telah menghubungi Unit Pembangunan Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat dan dua orang pegawai telah datang menziari kami iatu En Mohd Fadzli Bin Abd Rahman (Pegawai Perolehan dan Aset) dan En Salman Bin Wandi (Unit Pembangunan). Mereka telah memberi pandangan untuk mengatasinya walaupun sekolah ini bertaraf bantuan kerajaan.

Tuesday, May 24, 2011

Kelas Tambahan Tahun 6 (2011)

Kelas Tambahan Bagi Calon-calon UPSR SK Montfort akan diadakan seperti ketetapan berikut:
                        
30/05 ( Isnin )   - 0754 - 0945 - 6A BM / 6B MT / 6C BM
                           0945 - 1000 - Rehat
                           1000 - 1200 - 6A MT / 6B BM / 6C MT
                          ( PN FARIDAH / CIK NORDIANA / CIK HAFIZAH )


31/05 ( Selasa ) -0745 - 0945 - 6A BI / 6B BI / 6C SN
                           0945 - 1000 - REHAT
                           1000 - 1200 - 6A SN / 6B SN / 6C BI
                           ( PN AZLINA / PN NORAISHAH / EN NIZAM )


01/06 ( Rabu ) -  0745 - 0945 - 6A MT / 6B BM / 6C BM
                           0945 - 1000 - REHAT
                           1000 - 1200 - 6A BM / 6B MT/ 6C BI
                           ( PN SHAHARBANUN / PN KAMARIAH / PN MORNI )


 02/06 (Khamis)-0745 - 0945 - 6A SN / 6B BI / 6C SN
                          0945 - 1000 - REHAT
                          1000 - 1200 - 6A BI / 6B SN / 6C BI
                          ( CIK NURUL / PN YUSNI / EN MD NAZRI )


*SEMUA MURID TAHUN 6 DIWAJIBKAN HADIR

Peperiksaan Setengah Tahun 2011

Peperiksaan Setengah Tahun 2011 Setara Negeri Johor akan diadakan seperti ketetapan berikut :
24/05 (Selasa) - 0745-0830 - Bahasa Melayu Pemahaman.
                          0845-1000 - Bahasa Melayu Penulisan.
                          1000-1020 - Rehat
                          1040-1120  - Matematik Kertas 2
                          1145-1245 - Pendidikan Agama Islam dan Moral

25/05 (Rabu)   - 0740-0840 - Matematik Kertas 1
                          0850-0950 - Pen Sivik dan kewarganegaraan
                          1000-1020 - Rehat
                          1040-1140 - Bahasa Arab Komunikasi
                          1150-1250 - Kemahiran Hidup

26/05 (Khamis)-0740-0855 - Sains
                         0910-1000 - Bahasa Inggeris Kertas 1
                         1000-1020 - Rehat
                         1025-1140 - Bahasa Inggeris Kertas 2
                         1145-1245 - Kajian Tempatan

27/05 (Jumaat) -0800-0900 - Pen Jasmani dan kesihatan
                         0905-0955 - Jawi
                         1000-1020 - Rehat
                         102001150 - Pendidikan Seni Visual

Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru 2011



 16 Mei 2011- Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan dengan amat meriah dengan berbagai acara antaranya sajak hari guru, ikrar dan nyanyian kumpulan koir guru, karaoke, kumpulan zapin, persembahan mainan alat muzik dan sukaneka. Turut sama dalam majlis tersebut adalah YDP PIBG Tuan Hj Mazlan bin Mohamed dan AJK PIBG yang sama-sama memeriahkan majlis sejak dari pagi hingga tamat. Tuan Guru besar tidak dapat turut sama kerana melawat adinda beliau yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini. Takziah diucapkan. Untuk melihat gambar seterusnya,,,,,,,,,,,, klik read more di bawah.

Sunday, May 15, 2011

Kem Bestari solat 2011

 14 Mei 2011 (Sabtu) - Kem Bestari Solat untuk Tahun 1 telah diadakan dengan jayanya. Semua Guru Panitia Agama Islam terlibat dalam program ini. Tahniah kepada yang telah berjaya menghadirkan diri. Lihat gambar lagi.............klik  read more

Sunday, May 8, 2011

Mesyuarat Agung PIBG 2011






 7 Mei 2011 (Sabtu)- Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan dengan penglibatan semua guru dan ibu bapa penjaga murid SK Montfort. Mesyuarat dirasmikan oleh YDP PIBG Tn Hj Mazlan bin Mohamed. Mesyuarat bermula jam 08.30 dan berakhir pada jam 12.00 tgh hari. Lihat gambar lagi,,, klik read more.....

Saturday, April 23, 2011

Mural Bilik Kemahiran Hidup

Mural yang dihasilkan oleh guru-guru pelatih IPG THO iaitu Cikgu Ali dan Cikgu Hani. Terima kasih kerana mengindahkan lagi prasarana sekolah Montfort.

Thursday, April 21, 2011

Tarikh Yang Jarang Berlaku Dalam Setahun

Cerita tarikh Tahun 2011

Kita Akan Mengalami 4 Tarikh Yang Jarang Berlaku Dalam Setahun iaitu
1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11.
 
Serta Bukan Itu Sahaja,

Cuba Ambil Dua Nombor Terakhir Tahun Kita Di Lahirkan dan Tambah Dengan Umur Kita Pada Tahun Ini, Keputusannya Ialah 111 buat Semua Orang.

Pada Bulan Oktober akan ada 

5 Kali Hari Sabtu,
5 Kali Hari Ahad,
5 Kali Hari Isnin. 
Ini hanya akan berlaku sekali setiap 823 Tahun.

Wednesday, April 20, 2011

Selamat tinggal.....................

En Mohamad Zainuddin bin Bahari akan memulakan tugas sebagai Pegawai Fasilinus Numerasi di Pejabat Pelajaran Batu Pahat mulai 15 April 2011. Tahniah diucapkan kepada cik din kerana dinaikkan pangkat secara hakiki ke PPD BP. Beliau yang telah berkhidmat di SK Montfort sejak 1990 telah banyak menyumbang tenaga dan usaha dalam meningkatkan pengetahuan dan pemahaman murid terutama dalam matematik serta telah sama-sama menyumbang tenaga dalam meningkatkan prestasi sekolah Montfort. Semoga penghijrahan beliau ke PPD BP dapat memberi kepuasan dalam menjalankan tugas sebagai Penjawat awam dalam bidang pendidikan. Majlis perpisahan beliau akan diadakan selepas kepulangan guru besar daripada kursus.

JOHAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW BAWAH 12 THN MSSM CAW BANDAR BATU PAHAT 2011



19 April 2011 - SK Montfort telah berjaya menjuarai Pertandingan Sepak Takraw L 12 MSSM Caw Bandar. Sebanyak 6 pasukan sekolah MSSC Bandar telah menyertainya iaitu SK Bindu, SK Montfort, SK Bandar, SK Pt Lapis, SK Pt Bilal dan SK Binjai. Dalam perlawanan akhir, Regu SK Montfort A yang dianggotai oleh Syed Aiman (tekong), Muhd Asyraf Saadon (apit kanan) dan Azrol Idham Zulkarnain (apit kiri) telah menewaskan Regu SK Bandar dengan 21-17 dan 21-18. Regu A SK Montfort akan meneruskan lagi usaha untuk menjuarai MSSM Daerah Batu Pahat pada minggu hadapan. Tahniah diucapkan kepada En Saadon Ismail selaku jurulatih dan En Saaidon Ishak selaku Pengurus Pasukan serta pasukan Regu A dan B SK Montfort yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam pertandingan tersebut.

Monday, April 18, 2011

Johan Hafazan MTQ Daerah Batu Pahat 2011

 16 April 2011- Tahniah diucapkan kepada Mohd Amirul Hadi bin Sulaimi kerana telah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Hafazan Al Quran juga kepada Mohd Asyraf bin Saadon yang telah berjaya mendapat naib johan pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Batu Pahat yang diadakan di SK Parit Bilal pada hari ini. Tahniah juga kepada panitia Agama Islam terutama Cikgu Siti Khafizah kerana telah berusaha keras menbimbing murid-murid tersebut sehingga dapat mengharumkan nama SK Montfort.

Saturday, March 26, 2011

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan kali ke - 1 Tahun 2011

 26 Mac 2011 (sabtu) - Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan bagi semua guru SK Montfort telah dijalankan dengan jayanya pada hari ini. Penceramah undangan adalah Tn Hj Daud bin Salleh. Kaunselor SMK Dato Onn. Selain itu, pembentangan bahan bacaan juga telah dijalankan. Seramai 6 orang guru telah membentangkan hasil bacaan . Mereka adalah Cikgu Khoo, Cikgu Wong, Pn Aishah , En Zainuddin, Cik Quek dan  En Shaari . Turut sama dalam kursus adalah tuan Guru Besar, En Ali bin Mohd Yunus. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah hadir dalam kursus ini. (gambar seterusnya)............

Friday, March 25, 2011

Lumrah alam


INGIN TAHU?
Agak-agak apa ada di dalam perut ular ini? Kelihatan sangat besar mangsanya. Ular sawa yang panjangnya lebih 30 kaki ini telah ditangkap oleh anggota-anggota JPA3 Batu Pahat baru-baru ini di kawasan pendalaman Kg Sri Medan Batu Pahat. Jika nak tahu ikutilah kisahnya pada hari dan waktu yang sama minggu hadapan.

Saturday, March 12, 2011

Sambutan Maulidur Rasul SK Montfort 2011

11 Mac 2011- SK Montfort telah berjaya mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Berbagai acara telah diadakan . Kemuncak sambutan adalah ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah undangan. Jamuan telah disumbangkan oleh individu-individu yang perihatin. Terima kasih diucapkan.

lagi foto menarik................

Wednesday, March 2, 2011

Majlis Perwatikahan Pengawas Pustakawan dan Ketua Darjah 2011

 28 Februari 2011 ( isnin ) - Majlis Perwatikahan Pengawas, Pustakawan dan Ketua Darjah telah diadakan dengan jayanya di Dewan Terbuka SK Montfort. Majlis ini di rasmikan oleh YDP PIBG SK Montfort, Tn Hj Mazlan bin Mohamed. Tahniah kepada semua pengawas, pustakawan dan ketua kelas kerana telah dilantik dengan rasminya memegang jawatan tersebut. Ikrar Pemimpin telah dipimpin oleh Faizul bin Baharudin selaku Ketua Pengawas dan Ketua Murid 2011. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua guru terutama Jawatan kuasa kerja Majlis ini yang telah memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.

Tuesday, March 1, 2011

Anugerah Piala Kejohanan MSSM Cawangan Bandar 2011

28 Februari 2011 (isnin) - Para pemenang acara Balapan dan padang MSSM Cawangan Bandar telah di kalungkan pingat dan piala kejohanan MSSM Cawangan Bandar Bawah 10 oleh Tuan Guru Besar SK Montfort semasa upacara perhimpunan mingguan .

Sunday, February 27, 2011

Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda SK Montfort 2011

 Kursus Kepimpinan bagi pemimpin muda SK Montfort telah berjaya diadakan pada hari sabtu 26 Februari 2011. Pemimpin murid yang terdiri daripada Pengawas, Pustakawan, Ketua darjah, Penolong Ketua darjah, Pengerusi,  Setiausaha, Bendahari serta penolong bagi setiap persatuan , permainan dan badan beruniform telah turut serta dalam kursus sehari ini. Seramai 120 murid telah turut serta. Tahniah kepada semua guru dan murid yang telah menjayakan majlis ini.

Friday, February 25, 2011

KEJAYAAN PASUKAN SK MONTFORT DI JOHANAN OLAHRAGA MSSM ZON BANDAR 2011

Acara
Pingat
Murid
Kelas

100 meter
Lelaki 10

EMAS

MUHAMMAD NUR SYAFIQ BIN MUHAMMAD RAZALI



4A

200 meter
Lelaki 10

EMAS

MUHAMMAD NUR SYAFIQ BIN MUHAMMAD RAZALI

4A

Lompat tinggi
Lelaki 10

EMAS

MUHAMMAD SAMIR BIN ZULKARNAIN

4B

Lompat jauh
Lelaki 10

GANGSA

MUHAMMAD AZHARI ABDUL RAHMAN

4C

4 x 100 meter
Lelaki 10


EMAS

MUHAMMAD NUR SYAFIQ B. MUHAMMAD RAZALI
MUHAMMAD ADAM YUSRI BIN MOHD FAIZAL
DANIEL LOO JING
MUHAMMAD AZHARI ABDUL RAHMAN


4A
4A
4A
4C


4 x 100 meter
Lelaki 12


GANGSA

IRFAN AMZAR BIN SULAIMI
LIM WEI LIANG
MOHAMAD FITRY BIN MOHAMED FADZIL MUHAMAD HAMIZAN ANIQ BIN HARIZAN


6A
6C
6C
5C


4 X 200 meter
Lelaki 10


EMAS

MUHAMMAD NUR SYAFIQ B. MUHAMMAD RAZALI
MUHAMMAD ADAM YUSRI BIN MOHD FAIZAL
MUHAMMAD SAMIR BIN ZULKARNAIN
MUHAMMAD AZHARI ABDUL RAHMAN


4A
4A
4B
4C

PIALA PESERTA LELAKI 10 TERBAIK


MUHAMMAD NUR SYAFIQ B. MUHAMMAD RAZALI


4A
PIALA PUSINGAN LELAKI 10
SK MONTFORT
E -5
G - 2
JOHAN KESELURUHAN LELAKI 10 TERBAIK
SK MONTFORT













































Acara lain yang turut disertai oleh SK Montfort


MUHAMMAD ASIF ZIKRI BIN MURAD   
6B

-         lari berpagar 80 meter (lelaki 12)
-         lompat tinggi lelaki 12

MUHAMAD ARSYAD BIN BAHARUDIN       
6C


-         lari berpagar 80 meter (lelaki 12)

SYED AIMAN BIN SYED KAMALRUL ARIFIN
6B

-         lompat tinggi lelaki 12  
-         rejam lembing lelaki 12


LIM WEI LIANG
6C

-          100 meter lelaki 12
-          200 meter lelaki 12
-          4 x 200 meter lelaki 12


IRFAN AMZAR BIN SULAIMI
6A

-          Lompat jauh lelaki 12
-          4 x 200 meter lelaki 12
-          100 meter lelaki 12


TAN BOON HAI
6C

-          Rejam lembing lelaki 12
-          Lontar peluru

HAZEQ HAQEEM BIN R. AZMI
6A

-          Lontar peluru lelaki 12


MOHAMAD FITRY BIN MOHAMED FADZIL
6C

-          4 x 200 meter lelaki 12

MUHAMAD HAMIZAN ANIQ BIN HARIZAN
5C

-          200 meter lelaki 12
-          4 x 200 meter lelaki 12
-          lompat jauh lelaki 12

JURULATIH

-          EN. ZABA B DULLAH
-          EN MOHD SYAHRUN NAZRI


TAHNIAH KEPADA PASUKAN OLAHRAGA SK MONTFORT
2011
SEMOGA KEJAYAAN ANDA MENJADI PENDORONG KEPADA KECEMERLANGAN MURID SEMUA.

Monday, February 21, 2011

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

SILA BUAT SEMAKAN 
PERMOHONAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
MULAI 21 FEBRUARI 2011

Sunday, February 13, 2011

LARIAN PERDANA MAHKOTA

Larian Perdana Mahkota Negeri Johor peringkat Daerah Batu Pahat telah diadakan dengan jayanya pada hari ini 12 Februari 2011 tepat pada jam 8.30 pagi. Sebelum larian, diadakan senamrobik serta ucapan PPD Batu Pahat. Sidang video yang sepatutnya diadakan antara YB Dr Mohd Puad dengan Tengku Mahkota Johor telah tidak dapat diadakan kerana masalah teknikal. 4 buah sekolah telah menyertai larian ini  iaitu SMK Tinggi, SMK Dato Syed Isa, TIGS dan satu-satunya sekolah randah yang diberi penghormatan ialah SK Montfort. Seramai 5500 orang peserta termasuk ibu bapa, murid-murid, guru-guru, pegawai dan kakitangan PPD serta sekolah telah turut serta dalam larian sejauh 2 km ini. Untuk acara penutup, setiap sekolah yang menyertai larian diberikan sijil penyertaan oleh YB Dr Mohd Puad, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia selaku perasmi bagi larian ini. lagi gambar menyusul...... sila lihat di facebook skmbp .
lihat lain-lain gambar..........

Thursday, February 10, 2011

Program Cergas diri

Mulai tahun 2011, satu program kecergasan telah diadakan.  Program Cerdas diri diadakan pada setiap hari isnin jam mulai 7.10 hingga 7.20 pagi .Belepas program tersebut diteruskan pula dengan program MERAH. More pictures.....

Tuesday, February 1, 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2011

Admin dan semua warga SK Montfort ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada
Pn Ho Sing Mui, Cik Quek Suh Chien dan Guru-guru praktikum yang berkhidmat di SK Montfort serta semua murid yang berbangsa cina . Tak lupa juga kepada semua pembaca blog ini yang berbangsa cina. Kepada yang lain, selamat bercuti..............