MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

SEJARAH SEKOLAH

LAGU SEKOLAH

Kami bergerak maju,
Ke arah yang dituju,
Usaha hendaklah padu,
Kejayaan adalah perlu.

(korus)

Membaca, menulis,
Mengira asas yang mesti ada,
Bersih jasad dan jiwa,
Nilai seorang warga.

SK Montfort yang ternama,
Tetap saya sanjungi,
Di sini kami bersama,
Ingatan kekal abadi.

( ulang semula korus )

Ingatan kekal abadi................................

SENARAI GURU BESAR SK MONTFORT

1. BROTHER ANDREW                      - 1960 HINGGA 1961
2. BROTHER BERNARD                    - 1961 HINGGA 1962
3. BROTHER ERMIN                          - 1962 HINGGA 1963
4. BROTHER JAMES THAM             - 1963 HINGGA 1972
5. EN LONG SIE HOR                         - 1973 HINGGA  MEI 1994
6. TN HJ SALIKIN BIN TARIMIN    - 1994 HINGGA MEI 1997
7. EN MISRAN BIN KASMOH          - 1997 HINGGA DIS 1998
8. TN HJ ISNIN BIN AINI                  - 1998 HINGGA DIS 2000
9. EN ASERI BIN KASSAN                - 2000 HINGGA JUL 2003
10. EN IDRIS BIN SELAMAT           - 2003 HINGGA JAN 2005
11. EN YEO KENG GUAN                  - 2005 HINGGA DIS 2009
12. EN ALI BIN MOHD YUNUS        - 2009 HINGGA SEKARANG

LENCANA SEKOLAH

LENCANA SEKOLAH ASAL
*  Perkataan AM barmaksud Ave Maria iaitu kepercayaan kepada ' The Blessed Virgin      Mary'.
* Obor - melambangkan pengetahuan.
* Bintang - Bintang Laut -(Maris Stella) pemandu kepada pelaut.
* Orang dalam Sampan - melambangkan setiap manusia yang hidup di muka bumi ini.
* Gelombang - Keadaan kehidupan manusia. Harapan masih tetap ada walaupun terdapat halangan dan 
   cabaran di dunia ini.
* Perkataan DS - Lambang Brothers of St Gabriel.
* Salib - Agama Kristian.
* Age Quod Agis - Do well whatever worthy



LENCANA SEKOLAH KINI

*  Bunga Raya - Melambangkan bunga kebangsaan Malaysia - semangat kebangsaan.
*  Obor - Melambangkan pengetahuan.
*  Bintang Timur - Bintang pemandu bagi pelaut.
*  Orang bersampan di laut bergelombang - melambangkan kehidupan dan perjalanan hidup manusia di muka bumi ini serta menghadapi cabaran dan percubaan tetapi masih ada harapan untuk mencapai kejayaan.
*  Buku - Melambangkan ilmu.
*  Cogan kata - Ilmu Amal Bakti - menunjukkan ilmu baik  yang diamalkan boleh digunakan umtuk berbakti kepada masyarakat , agama dan negara.


Cogan kata SK Montfort
Tahun 1960 hingga 1994

" AGE QUOD AGIS" - "DO WELL WHATEVER WORTHY"

Tahun 1995 hingga sekarang

"ILMU AMAL BAKTI"

Sejarah Sekolah Kebangsaan Montfort

Ditubuhkan pada Tahun 1960 .
Diasaskan oleh paderi yang bernama Rev. Fr. Bourel pada tahun 1959.
Nama MONTFORT diambil sempena nama St. Louis Marie Grignion de Montfort, pengasas The Brothers of St. Gabriel.
Beliau ialah seorang paderi dan mubaligh berbangsa Perancis yang dilahirkan pada 31 Januari 1673 dan meninggal dunia pada tahun 1716.
Diberi nama Montfort Primary School, Batu Pahat.
Asal penubuhan hanya mempunyai 4 bilik darjah dengan sebuah tandas.
Bilangan murid pada tahun pertama 30 orang  murid belajar di darjah satu dan 35 orang murid tadika.
Tahun 1965 sebuah bilik darjah dibina di bangunan sama dan sebuah lagi bangunan dibina yang mengandungi sebuah bilik pejabat berserta 5 bilik darjah.
Tahun 1972  sebanyak 2 bilik darjah di bina. Menjadikan 12 buah bilik semuanya.
Tahun 1972 , murid melayu telah diterima balajar di sekolah ini.
Tahun 1969 seramai 600 orang murid  belajar di sini.
Tahun 1981, sebuah klinik pergigian telah dibina.
Tahun 1984 seramai 800 orang murid belajar di sini.
Tahun 1987 seramai 830 orang murid belajar di sekolah ini.
Tahun 1989, PIBG SK Montfort telah mengusahakan sebuah bangunan 2 tingkat yang mengandungi 4 bilik.
Bangunan ini menempatkan Sebuah Pusat Sumber dan perpustakaan di tingkat bawah dan 2 bilik darjah di tingkat atas.
Tahun 1990, Sebuah surau telah dibina dengan peruntukan telah diberikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor sebanyak RM 10 000.00
Tahun 1994, Baik pulih bangunan telah dijalankan dengan menukar bumbung bangunan blok B kerana dimakan anai-anai.
Tahun 2001, sebuah bilik komputer telah diwujudkan.
Tahun 2005 dan 2006, PIBG telah berusaha menambah dana untuk menaik taraf bangunan sekolah serta perabut sekolah.
Tahun 2007, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 200 000.00 untuk membaik pulih bangunan Blok B kerana pemendapan bangunan telah berlaku yang melibatkan berubah struktur bangunan serta penggantian bumbung bangunan.
Tahun 2008, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 200 000.00 untuk menaik taraf kantin dan padang sekolah.
Tahun 2009 hingga 2010, sebanyak RM 200 000.00 lagi telah diluluskan oleh kerajaan bagi membina sebuah bilik sains, bilik muzik, naik taraf dewan terbuka, teduhan pejalan kaki, tempat rehat murid, baik pulih lantai bangunan Blok B, baik pulih tandas, pembelian 2 buah kabin bagi menempatkan bilik Operasi sukan dan Bilik Operasi Buku Teks serta tempat letak kereta pentadbir.
Tahun 2012, SK Montfort naik.taraf lagi. Bilik Muzik yang baru telah dibina . Bilik Muzik lama telah berpindah milik kepada Bilik Operasi Ko Kurikulum dan Bilik Operasi Pendidikan Jasmani. Pejabat telah dibaik pulih. Bilik Komputer akan berpindah lokasi dengan Bilik GPK Dan Displin. Kabin sedia ada digunakan untuk Bilik Operasi Buku Teks. 

No comments: