MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Wednesday, April 20, 2011

JOHAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW BAWAH 12 THN MSSM CAW BANDAR BATU PAHAT 2011



19 April 2011 - SK Montfort telah berjaya menjuarai Pertandingan Sepak Takraw L 12 MSSM Caw Bandar. Sebanyak 6 pasukan sekolah MSSC Bandar telah menyertainya iaitu SK Bindu, SK Montfort, SK Bandar, SK Pt Lapis, SK Pt Bilal dan SK Binjai. Dalam perlawanan akhir, Regu SK Montfort A yang dianggotai oleh Syed Aiman (tekong), Muhd Asyraf Saadon (apit kanan) dan Azrol Idham Zulkarnain (apit kiri) telah menewaskan Regu SK Bandar dengan 21-17 dan 21-18. Regu A SK Montfort akan meneruskan lagi usaha untuk menjuarai MSSM Daerah Batu Pahat pada minggu hadapan. Tahniah diucapkan kepada En Saadon Ismail selaku jurulatih dan En Saaidon Ishak selaku Pengurus Pasukan serta pasukan Regu A dan B SK Montfort yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam pertandingan tersebut.

No comments: