MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Saturday, April 23, 2011

Mural Bilik Kemahiran Hidup

Mural yang dihasilkan oleh guru-guru pelatih IPG THO iaitu Cikgu Ali dan Cikgu Hani. Terima kasih kerana mengindahkan lagi prasarana sekolah Montfort.

Thursday, April 21, 2011

Tarikh Yang Jarang Berlaku Dalam Setahun

Cerita tarikh Tahun 2011

Kita Akan Mengalami 4 Tarikh Yang Jarang Berlaku Dalam Setahun iaitu
1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11.
 
Serta Bukan Itu Sahaja,

Cuba Ambil Dua Nombor Terakhir Tahun Kita Di Lahirkan dan Tambah Dengan Umur Kita Pada Tahun Ini, Keputusannya Ialah 111 buat Semua Orang.

Pada Bulan Oktober akan ada 

5 Kali Hari Sabtu,
5 Kali Hari Ahad,
5 Kali Hari Isnin. 
Ini hanya akan berlaku sekali setiap 823 Tahun.

Wednesday, April 20, 2011

Selamat tinggal.....................

En Mohamad Zainuddin bin Bahari akan memulakan tugas sebagai Pegawai Fasilinus Numerasi di Pejabat Pelajaran Batu Pahat mulai 15 April 2011. Tahniah diucapkan kepada cik din kerana dinaikkan pangkat secara hakiki ke PPD BP. Beliau yang telah berkhidmat di SK Montfort sejak 1990 telah banyak menyumbang tenaga dan usaha dalam meningkatkan pengetahuan dan pemahaman murid terutama dalam matematik serta telah sama-sama menyumbang tenaga dalam meningkatkan prestasi sekolah Montfort. Semoga penghijrahan beliau ke PPD BP dapat memberi kepuasan dalam menjalankan tugas sebagai Penjawat awam dalam bidang pendidikan. Majlis perpisahan beliau akan diadakan selepas kepulangan guru besar daripada kursus.

JOHAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW BAWAH 12 THN MSSM CAW BANDAR BATU PAHAT 2011



19 April 2011 - SK Montfort telah berjaya menjuarai Pertandingan Sepak Takraw L 12 MSSM Caw Bandar. Sebanyak 6 pasukan sekolah MSSC Bandar telah menyertainya iaitu SK Bindu, SK Montfort, SK Bandar, SK Pt Lapis, SK Pt Bilal dan SK Binjai. Dalam perlawanan akhir, Regu SK Montfort A yang dianggotai oleh Syed Aiman (tekong), Muhd Asyraf Saadon (apit kanan) dan Azrol Idham Zulkarnain (apit kiri) telah menewaskan Regu SK Bandar dengan 21-17 dan 21-18. Regu A SK Montfort akan meneruskan lagi usaha untuk menjuarai MSSM Daerah Batu Pahat pada minggu hadapan. Tahniah diucapkan kepada En Saadon Ismail selaku jurulatih dan En Saaidon Ishak selaku Pengurus Pasukan serta pasukan Regu A dan B SK Montfort yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam pertandingan tersebut.

Monday, April 18, 2011

Johan Hafazan MTQ Daerah Batu Pahat 2011

 16 April 2011- Tahniah diucapkan kepada Mohd Amirul Hadi bin Sulaimi kerana telah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Hafazan Al Quran juga kepada Mohd Asyraf bin Saadon yang telah berjaya mendapat naib johan pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Batu Pahat yang diadakan di SK Parit Bilal pada hari ini. Tahniah juga kepada panitia Agama Islam terutama Cikgu Siti Khafizah kerana telah berusaha keras menbimbing murid-murid tersebut sehingga dapat mengharumkan nama SK Montfort.