MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Monday, October 11, 2010

Lawatan Sambil Belajar ke Kelantan dan Terengganu


7 Oktober 2010 (khamis) - Pada 7 - 9 Oktober yang baru lalu seramai 38 pelajar SK Montfort telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kelantan dan Terengganu. Seramai 5 orang guru pengiring telah turut serta dalam lawatan ini iaitu En Razak selaku ketua lawatan, En Zainuddin bahagian penginapan, En Saaidon bahagian Pengangkutan, En Nazri Bahagian Rakaman Peristiwa dan Admin sendiri bertugas bahagian kawalan dan keselamatan murid. Berbagai tempat telah dilawati antaranya pasar Rantau panjang, Masjid Beijing, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Muzium Terengganu, Pusat Pemprosesan Keropok lekor dan sata , Masjid Terapung dan Kedai perusahaan  lemang . Namun pasti yang menggembirakan semua murid adalah aktiviti di kolam renang dan aktiviti persembahan murid di bilik masing-masing. Tahniah kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan lawatan sambil belajar ke Kelantan dan Terengganu ini.

No comments: