MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Sunday, February 14, 2010

Gara-gara latihan Balapan dan Padang

 
11 Februari 2010 yang lalu telah berlaku satu insiden yang tidak diingini di SK Montfort sewaktu Latihan Sukan Dan Balapan. Seorang murid daripada Rumah Rajawali telah mengalami kecederaan bahagian belakang badan sewaktu melakukan latihan Lompat  Jauh. Sepasukan Pegawai kecemasan dari Hospital Batu telah dipanggil untuk merawat pesakit tersebut. Terima kasih kepada pasukan kecemasan HBP kerana telah bertindak dengan segera apabila dihubungi. Mujur hanya kecederaan kecil sahaja yang dialami oleh murid tersebut. (Post ini dipaparkan setelah mendapat kebenaran murid tersebut). Moga cepat sembuh Norhakim.

No comments: