MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Tuesday, September 21, 2010

Hari Pertama UPSR 2010

21 September ( Selasa )- Hari ini berlangsunglah hari yang dinanti-nantikan oleh semua murid tahun 6 iaitu Peperiksaan UPSR . Perperiksaan yang turut diambil oleh semua murid Tahun 6 di seluruh Malaysia. Murid Tahun 6 SK Montfort memulakan hari peperiksaan pertama ini dengan sarapan pagi yang disumbangkan oleh PIBG SK Montfort. Kemudian semua murid diberi pensel dan pemadam juga hasil sumbangan PIBG. Hari ini juga adalah hari bersejarah kepada semua warga Montfort kerana telah dilawati oleh Timbalan Peg Pelajaran Daerah Batu Pahat iaitu En Mohsin bin Ibrahim. Beliau telah berbesar hati memberikan kata-kata perangsang kepada semua calon UPSR SK Montfort. Terima kasih kepada ibu bapa penjaga yang turut sama memberikan perangsang kepada anak-anak mereka.  Kami semua warga SK Montfort , PIBG dan semua ibu bapa mendoakan semua murid  SK Montfort menjawab dengan tenang dan moga-moga memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada kali ini. Selamat menjawab. Ketua pengawas Peperiksaan tahun ini adalah En Masri dari SK Peserian.

No comments: