MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Thursday, August 27, 2009

LANGKAH MENANGANI WABAK INFLUENZA A H1N1


En Yeo Keng Guan (GB) bersama Pasukan Sukarelawan Pembasmi kuman

Membuat persediaan sebelum memulakan kerja pembasmian kuman.

Pekerja-pekerja sukarela sedang membersihkan bilik darjah.

Antara bilik darjah yang telah dibasmi kuman.





27/08/2009- Satu pasukan sukarelawan telah melakukan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di SK Montfort. Semua bilik di SK Montfort terlibat dalam pembasmian kuman ini. Langkah ini diambil oleh pihak sekolah dengan kerjasama Ibu bapa yang perihatin
terhadap tahap keselamatan kesihatan anak-anak yang akan bersekolah pada minggu hadapan memandangkan seramai 2 orang murid SK montfort telah disahkan
positif Influenza A H1N1 sebelum ini. Semua kos penyelanggaraan ditanggung oleh para ibu bapa yang perihatin. Pihak sekolah juga telah berusaha membeli alat pengesan suhu badan yang akan digunakan bermula pada hari selasa 1 Sept 2009. Pihak PIBG juga dalam proses pembelian alat Jangka suhu dan mask untuk kegunaan warga sekolah. Jutaan terima kasih diucapkan atas sokongan padu para ibu bapa dan orang perseorangan dalam menangani wabak Influenza A H1N1.
Berikut adalah nama-nama insan yang bermurah hati menderma untuk kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman > (Lim Ai Choo, Pang Mee Ling, Lim Sway Lan, Too Pei Yin, Rahmah binti Tokimin, Shamsiah bte Salim, Mitchell Hoo, Kamariah bt Idris, Lim Chin Sze, Azhar b Mahmood, Norazeela bt Asmuni, Loh Kok Seng, Neo Yin Yin, Ginny Tay, Ling Ling, Lee Boon Sim, Belinda ker Ah Lian, Yong Siong Peng, Mrs Tan).

No comments: