MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Monday, June 6, 2011

SK Montfort dilanda banjir lagi





















6 Jun 2011 Beberapa bilik khas sekolah ini telah ditenggelami air akibat hujan lebat pada awal pagi ini. Bilik-bilik yang terlibat ialah bilik J-Qaf, bilik kelas pemulihan, bilik alatan bantuan pelajaran, bilik seni dan bilik stor pekerja. Pekerja-pekerja pembersihan sekolah ini telah bertungkus lumus membersihkan bilik-bilik tersebut. Sehingga petang air masih bertakung di dalam bilik J-Qaf dan bilik kelas pemulihan. Kawasan sekolah ini berada di kawasan rendah manakala kawasan perumahan yang hampir dengan sekolah ini berada pada paras yang lebih tinggi. Kebarangkalian besar punca air hujan yang melimpah daripada aras tinggi mencurah ke paras yang lebih rendah mengakibatkan kawasan sekolah ini sering ditenggelami air. Beberapa alatan bantuan pelajaran didapati rosak akibat bencana ini. Pihak sekolah telah menghubungi Unit Pembangunan Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat dan dua orang pegawai telah datang menziari kami iatu En Mohd Fadzli Bin Abd Rahman (Pegawai Perolehan dan Aset) dan En Salman Bin Wandi (Unit Pembangunan). Mereka telah memberi pandangan untuk mengatasinya walaupun sekolah ini bertaraf bantuan kerajaan.

Tuesday, May 24, 2011

Kelas Tambahan Tahun 6 (2011)

Kelas Tambahan Bagi Calon-calon UPSR SK Montfort akan diadakan seperti ketetapan berikut:
                        
30/05 ( Isnin )   - 0754 - 0945 - 6A BM / 6B MT / 6C BM
                           0945 - 1000 - Rehat
                           1000 - 1200 - 6A MT / 6B BM / 6C MT
                          ( PN FARIDAH / CIK NORDIANA / CIK HAFIZAH )


31/05 ( Selasa ) -0745 - 0945 - 6A BI / 6B BI / 6C SN
                           0945 - 1000 - REHAT
                           1000 - 1200 - 6A SN / 6B SN / 6C BI
                           ( PN AZLINA / PN NORAISHAH / EN NIZAM )


01/06 ( Rabu ) -  0745 - 0945 - 6A MT / 6B BM / 6C BM
                           0945 - 1000 - REHAT
                           1000 - 1200 - 6A BM / 6B MT/ 6C BI
                           ( PN SHAHARBANUN / PN KAMARIAH / PN MORNI )


 02/06 (Khamis)-0745 - 0945 - 6A SN / 6B BI / 6C SN
                          0945 - 1000 - REHAT
                          1000 - 1200 - 6A BI / 6B SN / 6C BI
                          ( CIK NURUL / PN YUSNI / EN MD NAZRI )


*SEMUA MURID TAHUN 6 DIWAJIBKAN HADIR

Peperiksaan Setengah Tahun 2011

Peperiksaan Setengah Tahun 2011 Setara Negeri Johor akan diadakan seperti ketetapan berikut :
24/05 (Selasa) - 0745-0830 - Bahasa Melayu Pemahaman.
                          0845-1000 - Bahasa Melayu Penulisan.
                          1000-1020 - Rehat
                          1040-1120  - Matematik Kertas 2
                          1145-1245 - Pendidikan Agama Islam dan Moral

25/05 (Rabu)   - 0740-0840 - Matematik Kertas 1
                          0850-0950 - Pen Sivik dan kewarganegaraan
                          1000-1020 - Rehat
                          1040-1140 - Bahasa Arab Komunikasi
                          1150-1250 - Kemahiran Hidup

26/05 (Khamis)-0740-0855 - Sains
                         0910-1000 - Bahasa Inggeris Kertas 1
                         1000-1020 - Rehat
                         1025-1140 - Bahasa Inggeris Kertas 2
                         1145-1245 - Kajian Tempatan

27/05 (Jumaat) -0800-0900 - Pen Jasmani dan kesihatan
                         0905-0955 - Jawi
                         1000-1020 - Rehat
                         102001150 - Pendidikan Seni Visual

Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru 2011



 16 Mei 2011- Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan dengan amat meriah dengan berbagai acara antaranya sajak hari guru, ikrar dan nyanyian kumpulan koir guru, karaoke, kumpulan zapin, persembahan mainan alat muzik dan sukaneka. Turut sama dalam majlis tersebut adalah YDP PIBG Tuan Hj Mazlan bin Mohamed dan AJK PIBG yang sama-sama memeriahkan majlis sejak dari pagi hingga tamat. Tuan Guru besar tidak dapat turut sama kerana melawat adinda beliau yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini. Takziah diucapkan. Untuk melihat gambar seterusnya,,,,,,,,,,,, klik read more di bawah.

Sunday, May 15, 2011

Kem Bestari solat 2011

 14 Mei 2011 (Sabtu) - Kem Bestari Solat untuk Tahun 1 telah diadakan dengan jayanya. Semua Guru Panitia Agama Islam terlibat dalam program ini. Tahniah kepada yang telah berjaya menghadirkan diri. Lihat gambar lagi.............klik  read more

Sunday, May 8, 2011

Mesyuarat Agung PIBG 2011






 7 Mei 2011 (Sabtu)- Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan dengan penglibatan semua guru dan ibu bapa penjaga murid SK Montfort. Mesyuarat dirasmikan oleh YDP PIBG Tn Hj Mazlan bin Mohamed. Mesyuarat bermula jam 08.30 dan berakhir pada jam 12.00 tgh hari. Lihat gambar lagi,,, klik read more.....

Saturday, April 23, 2011

Mural Bilik Kemahiran Hidup

Mural yang dihasilkan oleh guru-guru pelatih IPG THO iaitu Cikgu Ali dan Cikgu Hani. Terima kasih kerana mengindahkan lagi prasarana sekolah Montfort.

Thursday, April 21, 2011

Tarikh Yang Jarang Berlaku Dalam Setahun

Cerita tarikh Tahun 2011

Kita Akan Mengalami 4 Tarikh Yang Jarang Berlaku Dalam Setahun iaitu
1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11.
 
Serta Bukan Itu Sahaja,

Cuba Ambil Dua Nombor Terakhir Tahun Kita Di Lahirkan dan Tambah Dengan Umur Kita Pada Tahun Ini, Keputusannya Ialah 111 buat Semua Orang.

Pada Bulan Oktober akan ada 

5 Kali Hari Sabtu,
5 Kali Hari Ahad,
5 Kali Hari Isnin. 
Ini hanya akan berlaku sekali setiap 823 Tahun.

Wednesday, April 20, 2011

Selamat tinggal.....................

En Mohamad Zainuddin bin Bahari akan memulakan tugas sebagai Pegawai Fasilinus Numerasi di Pejabat Pelajaran Batu Pahat mulai 15 April 2011. Tahniah diucapkan kepada cik din kerana dinaikkan pangkat secara hakiki ke PPD BP. Beliau yang telah berkhidmat di SK Montfort sejak 1990 telah banyak menyumbang tenaga dan usaha dalam meningkatkan pengetahuan dan pemahaman murid terutama dalam matematik serta telah sama-sama menyumbang tenaga dalam meningkatkan prestasi sekolah Montfort. Semoga penghijrahan beliau ke PPD BP dapat memberi kepuasan dalam menjalankan tugas sebagai Penjawat awam dalam bidang pendidikan. Majlis perpisahan beliau akan diadakan selepas kepulangan guru besar daripada kursus.

JOHAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW BAWAH 12 THN MSSM CAW BANDAR BATU PAHAT 2011



19 April 2011 - SK Montfort telah berjaya menjuarai Pertandingan Sepak Takraw L 12 MSSM Caw Bandar. Sebanyak 6 pasukan sekolah MSSC Bandar telah menyertainya iaitu SK Bindu, SK Montfort, SK Bandar, SK Pt Lapis, SK Pt Bilal dan SK Binjai. Dalam perlawanan akhir, Regu SK Montfort A yang dianggotai oleh Syed Aiman (tekong), Muhd Asyraf Saadon (apit kanan) dan Azrol Idham Zulkarnain (apit kiri) telah menewaskan Regu SK Bandar dengan 21-17 dan 21-18. Regu A SK Montfort akan meneruskan lagi usaha untuk menjuarai MSSM Daerah Batu Pahat pada minggu hadapan. Tahniah diucapkan kepada En Saadon Ismail selaku jurulatih dan En Saaidon Ishak selaku Pengurus Pasukan serta pasukan Regu A dan B SK Montfort yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam pertandingan tersebut.

Monday, April 18, 2011

Johan Hafazan MTQ Daerah Batu Pahat 2011

 16 April 2011- Tahniah diucapkan kepada Mohd Amirul Hadi bin Sulaimi kerana telah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Hafazan Al Quran juga kepada Mohd Asyraf bin Saadon yang telah berjaya mendapat naib johan pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Batu Pahat yang diadakan di SK Parit Bilal pada hari ini. Tahniah juga kepada panitia Agama Islam terutama Cikgu Siti Khafizah kerana telah berusaha keras menbimbing murid-murid tersebut sehingga dapat mengharumkan nama SK Montfort.

Saturday, March 26, 2011

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan kali ke - 1 Tahun 2011

 26 Mac 2011 (sabtu) - Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan bagi semua guru SK Montfort telah dijalankan dengan jayanya pada hari ini. Penceramah undangan adalah Tn Hj Daud bin Salleh. Kaunselor SMK Dato Onn. Selain itu, pembentangan bahan bacaan juga telah dijalankan. Seramai 6 orang guru telah membentangkan hasil bacaan . Mereka adalah Cikgu Khoo, Cikgu Wong, Pn Aishah , En Zainuddin, Cik Quek dan  En Shaari . Turut sama dalam kursus adalah tuan Guru Besar, En Ali bin Mohd Yunus. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah hadir dalam kursus ini. (gambar seterusnya)............

Friday, March 25, 2011

Lumrah alam


INGIN TAHU?
Agak-agak apa ada di dalam perut ular ini? Kelihatan sangat besar mangsanya. Ular sawa yang panjangnya lebih 30 kaki ini telah ditangkap oleh anggota-anggota JPA3 Batu Pahat baru-baru ini di kawasan pendalaman Kg Sri Medan Batu Pahat. Jika nak tahu ikutilah kisahnya pada hari dan waktu yang sama minggu hadapan.

Saturday, March 12, 2011

Sambutan Maulidur Rasul SK Montfort 2011

11 Mac 2011- SK Montfort telah berjaya mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Berbagai acara telah diadakan . Kemuncak sambutan adalah ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah undangan. Jamuan telah disumbangkan oleh individu-individu yang perihatin. Terima kasih diucapkan.

lagi foto menarik................