MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Tuesday, March 6, 2012

Majlis Pelantikan Pemimpin muda 2012

 20 Februari 2012 - Majlis Pelantikan Pemimpin Muda Sk Montfort telah dijalankan dengan jayanya . Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi kepada yang telah dilantik. Semoga usaha anda diberkati Allah. Insya Allah.

Sambutan Maulidur Rasul 2012

 24 Februari 2012- Sambutan Maulidurrasul telah selamat dijalankan dengan pengisian yang amat bermakna kepada semua murid dan warga montfort. Tahniah kepada semua yang menjayakan majlis tersebut. Terima kasih kepada para penderma . Semoga dimurahkan rezeki dengan penuh keberkatan.

Saturday, February 11, 2012

Bengkel Teknik Jawab Matematik 2012

11 Februari 2012 - Bengkel Menjawab Soalan Matematik telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama yang sangat baik daripada penceramah undangan En Yazid bin Kamri. Bengkel yang dijalankan selama 4 jam ini telah memberi suntikan semangat kepada semua calon UPSR 2012 untuk menjawab dengan betul tepat dan berkesan dalam peperiksaan UPPM dan seterusnya peperiksaan UPSR nanti. Tahniah dan terima kasih kepada semua jawatankuasa pengelola dalam memsatikan program ini berjalan dengan lancar.

Friday, February 10, 2012

Pelancaran Akhbar DIDIK bagi murid Tahun 4 2012




30 Januari 2012 - seramai 80 orang murid Tahun 4 berpeluang menggunakan akhbar dalam darjah dengan adanya sumbangan Akhbar DIDIK yang telah ditaja oleh En Mohd Said bin Roslan yang merupakan usahawan berjaya juga merupakan mantan YDP PIBG SK Montfort satu masa dahulu. Dengan sisipan Akhbar DIDIK yang akan diperolehi setiap minggu itu nanti dapatlah murid-murid Tahun 4 membuat latihan yang disediakan dengan bantuan guru dan ibu bapa di rumah. Bagi murid-murid Tahun 6......... tunggu tajaan yang akan bakal menyusul.....

Thursday, February 9, 2012

Mesyuarat Kurikulum kali ke 2 tahun 2012


Mesyuarat Kurikulum bagi Guru-guru tahun 6 2012 memutuskan bahawa program yang akan diambil bagi meningkatkan prestasi calon UPSR Tahun ini adalah seperti berikut:
1. Modul mata pelajaran teras
2. Ujian kendiri bagi BI dan BM (jumaat minggu 1 dan 3) SN dan MT (jumaat minggu 2 dan 4)
3. Program Motivasi Tahun 6.
4. Program mahir diri - menghafal fakta penting 5 minit sebelum pembelajaran.
5. Program Bengkel Mata Pelajaran.
6. Program kumpul dan gempur - Murid didedahkan dengan ujian sebenar UPSR tahun-tahun lalu.
7. Program kelas insentif.
8. Program keibu bapaan.
9. Program bersama mu - near miss galus.
10. Program bitara hati guru besar.

diharapkan dengan program yang dirancang akan meningkatkan lagi prestasi SK Montfort . Insya Allah......

Thursday, January 19, 2012

Enrolmen murid SK Montfort (januari 2012)

TAHUN 1 = 76  MELAYU - 50  CINA - 22   INDIA - 02   LAIN-LAIN - 02
TAHUN 2 = 90  MELAYU - 70  CINA - 13   INDIA - 03   LAIN-LAIN - 04
TAHUN 3 = 85  MELAYU - 68  CINA - 14   INDIA - 03   LAIN-LAIN - 00
TAHUN 4 = 87  MELAYU - 56  CINA - 22   INDIA - 06   LAIN-LAIN - 03
TAHUN 5 = 71  MELAYU - 46  CINA - 22   INDIA - 01   LAIN-LAIN - 02
TAHUN 6 = 97  MELAYU - 66  CINA - 22   INDIA - 01   LAIN-LAIN - 04

JUMLAH   506 MELAYU 356  CINA  115   INDIA   20   LAIN-LAIN   15 

Thursday, January 12, 2012

TAKLIMAT PEMIMPIN MUDA SK MONTFORT 2012

10 Januari 2012 - Satu taklimat berkaitan profesionalisme pemimpin-pemimpin muda SK Montfort telah disampaikan oleh Guru Besar, GPK Pentadbiran dan GPK Hem kepada semua pengawas dan ketua kelas bagi tahun 2012. Semoga mereka yang terbabit melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, amanah dan dedikasi.

Sunday, January 1, 2012

GURU BARU 2012

GURU BARU MASUK BAGI 2012


1. EN MOHMAD DAUD BIN AHMED (GPK 1) MENGGANTIKAN PN HJH FATHIYAH
2. PN SUHAILA BTE ABDULLAH
3. PN MORIAN BTE SAKRI
4. PN HASFALINDA BTE ABU HASSAN
5. PN AZILAH BTE RABU ( BERMULA BULAN OGOS 2011)
6. EN ZAKRIA BIN OTHMAN ( GPK PETANG )

Wednesday, November 30, 2011

Hjh Fathiyah bersara


 Hari ini 30/11/2011 Rabu maka berakhirlah perkhidmatan Pn Hjh Fathiyah selaku GPK Pentadbiran SK Montfort setelah berkhidmat selama 9 tahun di SK Montfort. Terima kasih atas bimbingan dan tunjuk  ajar yang diberikan kepada semua staf di SK Montfort. Semoga berbahagia selalu. Jangan lupakan kami di sini.

Saturday, November 26, 2011

Cadangan Perincian Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2012

Perincian Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2012

Penggal Persekolahan Tahun 2012_cuti Ganti Dan Peristiwa

Penggal Persekolahan Tahun 2012_cuti Ganti Dan Peristiwa

Friday, November 18, 2011

LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN


 17 November 2011- Latihan Kecemasan dan Kebakaran telah diadakan dengan jayanya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Batu Pahat . Tahniah kepada semua warga yang telah sama-sama menjayakan latihan tersebut.

Friday, November 11, 2011

Khatam Al Quran J Qaf 2011


 Jumaat 11/11/2011 - Khatam Al Quran J Qaf telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di Dewan Terbuka SK Montfrort. Tahniah guru-guru J Qaf kerana telah berjaya mendidik anak-anak Montfort sehingga khatam .

Thursday, November 10, 2011

Maklumat Terkini

1. Majlis Perpisahan Pengawas bersama murid tahun 6 dan pustakawan akan diadakan pada hari Selasa 15/11/2011 bermula jam 8.30 pagi. Semua yang terlibat dijemput hadir.
2. Majlis Khatam Al Quran JQAF akan diadakan pada hari jumaat 11/11/2011 bermula jam 7.30 pagi .
3. Majlis Anugerah Cemerlang akan diadakan pada hari rabu 16/11/2011 bermula jam 8.00 pagi.
4. Majlis Perpisahan Pn Hjh Fathiyah dan CikHafizah akan diadakan pada hari khmais 17/11/2011 pada jam 11.00 pagi.
5. Pengumuman calon yang menerima keputusan cemerlang UPSR akan diumumkan pada hari khamis 17/11/2011 pada jam 10.00 pagi.
Semua aktiviti dan acara akan diadakan di dewan sekolah..................... Jamuan akhir tahun kelab staf akan diadakan selepas majlis anugerah cemerlang di hotel landmark. Harap maklum.

Sunday, October 30, 2011




03 Oktober 2011-Kempen  Jom, Suka dan awal ke sekolah telah dilancarkan pada hari ini oleh Tuan Guru Besar , En Ali Bin Mohd Yunus. Kempen ini diadakan bertujuan mendidik murid-murid agar lebih awal datang ke sekolah selain menjadikan sifar ponteng amalan kita semua. Kempen ini telah dianjurkan oleh Unit Disiplin SK Montfort.