11 Februari 2012 - Bengkel Menjawab Soalan Matematik telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama yang sangat baik daripada penceramah undangan En Yazid bin Kamri. Bengkel yang dijalankan selama 4 jam ini telah memberi suntikan semangat kepada semua calon UPSR 2012 untuk menjawab dengan betul tepat dan berkesan dalam peperiksaan UPPM dan seterusnya peperiksaan UPSR nanti. Tahniah dan terima kasih kepada semua jawatankuasa pengelola dalam memsatikan program ini berjalan dengan lancar.
MAKLUMAN
SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI
Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.
Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.
Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014
Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.
Saturday, February 11, 2012
Friday, February 10, 2012
Pelancaran Akhbar DIDIK bagi murid Tahun 4 2012
30 Januari 2012 - seramai 80 orang murid Tahun 4 berpeluang menggunakan akhbar dalam darjah dengan adanya sumbangan Akhbar DIDIK yang telah ditaja oleh En Mohd Said bin Roslan yang merupakan usahawan berjaya juga merupakan mantan YDP PIBG SK Montfort satu masa dahulu. Dengan sisipan Akhbar DIDIK yang akan diperolehi setiap minggu itu nanti dapatlah murid-murid Tahun 4 membuat latihan yang disediakan dengan bantuan guru dan ibu bapa di rumah. Bagi murid-murid Tahun 6......... tunggu tajaan yang akan bakal menyusul.....
Thursday, February 9, 2012
Mesyuarat Kurikulum kali ke 2 tahun 2012
Mesyuarat Kurikulum bagi Guru-guru tahun 6 2012 memutuskan bahawa program yang akan diambil bagi meningkatkan prestasi calon UPSR Tahun ini adalah seperti berikut:
1. Modul mata pelajaran teras
2. Ujian kendiri bagi BI dan BM (jumaat minggu 1 dan 3) SN dan MT (jumaat minggu 2 dan 4)
3. Program Motivasi Tahun 6.
4. Program mahir diri - menghafal fakta penting 5 minit sebelum pembelajaran.
5. Program Bengkel Mata Pelajaran.
6. Program kumpul dan gempur - Murid didedahkan dengan ujian sebenar UPSR tahun-tahun lalu.
7. Program kelas insentif.
8. Program keibu bapaan.
9. Program bersama mu - near miss galus.
10. Program bitara hati guru besar.
diharapkan dengan program yang dirancang akan meningkatkan lagi prestasi SK Montfort . Insya Allah......
Thursday, January 19, 2012
Enrolmen murid SK Montfort (januari 2012)
TAHUN 1 = 76 MELAYU - 50 CINA - 22 INDIA - 02 LAIN-LAIN - 02
TAHUN 2 = 90 MELAYU - 70 CINA - 13 INDIA - 03 LAIN-LAIN - 04
TAHUN 3 = 85 MELAYU - 68 CINA - 14 INDIA - 03 LAIN-LAIN - 00
TAHUN 4 = 87 MELAYU - 56 CINA - 22 INDIA - 06 LAIN-LAIN - 03
TAHUN 5 = 71 MELAYU - 46 CINA - 22 INDIA - 01 LAIN-LAIN - 02
TAHUN 6 = 97 MELAYU - 66 CINA - 22 INDIA - 01 LAIN-LAIN - 04
JUMLAH 506 MELAYU 356 CINA 115 INDIA 20 LAIN-LAIN 15
Thursday, January 12, 2012
TAKLIMAT PEMIMPIN MUDA SK MONTFORT 2012
10 Januari 2012 - Satu taklimat berkaitan profesionalisme pemimpin-pemimpin muda SK Montfort telah disampaikan oleh Guru Besar, GPK Pentadbiran dan GPK Hem kepada semua pengawas dan ketua kelas bagi tahun 2012. Semoga mereka yang terbabit melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, amanah dan dedikasi.
Sunday, January 1, 2012
GURU BARU 2012
GURU BARU MASUK BAGI 2012
1. EN MOHMAD DAUD BIN AHMED (GPK 1) MENGGANTIKAN PN HJH FATHIYAH
2. PN SUHAILA BTE ABDULLAH
3. PN MORIAN BTE SAKRI
4. PN HASFALINDA BTE ABU HASSAN
5. PN AZILAH BTE RABU ( BERMULA BULAN OGOS 2011)
6. EN ZAKRIA BIN OTHMAN ( GPK PETANG )
1. EN MOHMAD DAUD BIN AHMED (GPK 1) MENGGANTIKAN PN HJH FATHIYAH
2. PN SUHAILA BTE ABDULLAH
3. PN MORIAN BTE SAKRI
4. PN HASFALINDA BTE ABU HASSAN
5. PN AZILAH BTE RABU ( BERMULA BULAN OGOS 2011)
6. EN ZAKRIA BIN OTHMAN ( GPK PETANG )
Wednesday, November 30, 2011
Hjh Fathiyah bersara
Hari ini 30/11/2011 Rabu maka berakhirlah perkhidmatan Pn Hjh Fathiyah selaku GPK Pentadbiran SK Montfort setelah berkhidmat selama 9 tahun di SK Montfort. Terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada semua staf di SK Montfort. Semoga berbahagia selalu. Jangan lupakan kami di sini.
Saturday, November 26, 2011
Friday, November 18, 2011
LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN
17 November 2011- Latihan Kecemasan dan Kebakaran telah diadakan dengan jayanya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Batu Pahat . Tahniah kepada semua warga yang telah sama-sama menjayakan latihan tersebut.
Friday, November 11, 2011
Khatam Al Quran J Qaf 2011
Jumaat 11/11/2011 - Khatam Al Quran J Qaf telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di Dewan Terbuka SK Montfrort. Tahniah guru-guru J Qaf kerana telah berjaya mendidik anak-anak Montfort sehingga khatam .
Thursday, November 10, 2011
Maklumat Terkini
1. Majlis Perpisahan Pengawas bersama murid tahun 6 dan pustakawan akan diadakan pada hari Selasa 15/11/2011 bermula jam 8.30 pagi. Semua yang terlibat dijemput hadir.
2. Majlis Khatam Al Quran JQAF akan diadakan pada hari jumaat 11/11/2011 bermula jam 7.30 pagi .
3. Majlis Anugerah Cemerlang akan diadakan pada hari rabu 16/11/2011 bermula jam 8.00 pagi.
4. Majlis Perpisahan Pn Hjh Fathiyah dan CikHafizah akan diadakan pada hari khmais 17/11/2011 pada jam 11.00 pagi.
5. Pengumuman calon yang menerima keputusan cemerlang UPSR akan diumumkan pada hari khamis 17/11/2011 pada jam 10.00 pagi.
Semua aktiviti dan acara akan diadakan di dewan sekolah..................... Jamuan akhir tahun kelab staf akan diadakan selepas majlis anugerah cemerlang di hotel landmark. Harap maklum.
2. Majlis Khatam Al Quran JQAF akan diadakan pada hari jumaat 11/11/2011 bermula jam 7.30 pagi .
3. Majlis Anugerah Cemerlang akan diadakan pada hari rabu 16/11/2011 bermula jam 8.00 pagi.
4. Majlis Perpisahan Pn Hjh Fathiyah dan CikHafizah akan diadakan pada hari khmais 17/11/2011 pada jam 11.00 pagi.
5. Pengumuman calon yang menerima keputusan cemerlang UPSR akan diumumkan pada hari khamis 17/11/2011 pada jam 10.00 pagi.
Semua aktiviti dan acara akan diadakan di dewan sekolah..................... Jamuan akhir tahun kelab staf akan diadakan selepas majlis anugerah cemerlang di hotel landmark. Harap maklum.
Sunday, October 30, 2011
03 Oktober 2011-Kempen Jom, Suka dan awal ke sekolah telah dilancarkan pada hari ini oleh Tuan Guru Besar , En Ali Bin Mohd Yunus. Kempen ini diadakan bertujuan mendidik murid-murid agar lebih awal datang ke sekolah selain menjadikan sifar ponteng amalan kita semua. Kempen ini telah dianjurkan oleh Unit Disiplin SK Montfort.
Friday, September 30, 2011
Bantuan KWAMP
23 September 2011- Bantuan KWAMP kepada ibu bapa dan penjaga murid yang layak telah diadakan di Perpustakaan SK Mnotfort.
Monday, September 12, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)















