26 Mac 2011 (sabtu) - Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan bagi semua guru SK Montfort telah dijalankan dengan jayanya pada hari ini. Penceramah undangan adalah Tn Hj Daud bin Salleh. Kaunselor SMK Dato Onn. Selain itu, pembentangan bahan bacaan juga telah dijalankan. Seramai 6 orang guru telah membentangkan hasil bacaan . Mereka adalah Cikgu Khoo, Cikgu Wong, Pn Aishah , En Zainuddin, Cik Quek dan En Shaari . Turut sama dalam kursus adalah tuan Guru Besar, En Ali bin Mohd Yunus. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah hadir dalam kursus ini. (gambar seterusnya)............
MAKLUMAN
SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI
Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.
Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.
Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014
Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.
Saturday, March 26, 2011
Friday, March 25, 2011
Lumrah alam
INGIN TAHU?
Agak-agak apa ada di dalam perut ular ini? Kelihatan sangat besar mangsanya. Ular sawa yang panjangnya lebih 30 kaki ini telah ditangkap oleh anggota-anggota JPA3 Batu Pahat baru-baru ini di kawasan pendalaman Kg Sri Medan Batu Pahat. Jika nak tahu ikutilah kisahnya pada hari dan waktu yang sama minggu hadapan.
Saturday, March 12, 2011
Sambutan Maulidur Rasul SK Montfort 2011
11 Mac 2011- SK Montfort telah berjaya mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Berbagai acara telah diadakan . Kemuncak sambutan adalah ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah undangan. Jamuan telah disumbangkan oleh individu-individu yang perihatin. Terima kasih diucapkan.
lagi foto menarik................
Wednesday, March 2, 2011
Majlis Perwatikahan Pengawas Pustakawan dan Ketua Darjah 2011
28 Februari 2011 ( isnin ) - Majlis Perwatikahan Pengawas, Pustakawan dan Ketua Darjah telah diadakan dengan jayanya di Dewan Terbuka SK Montfort. Majlis ini di rasmikan oleh YDP PIBG SK Montfort, Tn Hj Mazlan bin Mohamed. Tahniah kepada semua pengawas, pustakawan dan ketua kelas kerana telah dilantik dengan rasminya memegang jawatan tersebut. Ikrar Pemimpin telah dipimpin oleh Faizul bin Baharudin selaku Ketua Pengawas dan Ketua Murid 2011. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua guru terutama Jawatan kuasa kerja Majlis ini yang telah memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.
Tuesday, March 1, 2011
Anugerah Piala Kejohanan MSSM Cawangan Bandar 2011
28 Februari 2011 (isnin) - Para pemenang acara Balapan dan padang MSSM Cawangan Bandar telah di kalungkan pingat dan piala kejohanan MSSM Cawangan Bandar Bawah 10 oleh Tuan Guru Besar SK Montfort semasa upacara perhimpunan mingguan .
Sunday, February 27, 2011
Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda SK Montfort 2011
Kursus Kepimpinan bagi pemimpin muda SK Montfort telah berjaya diadakan pada hari sabtu 26 Februari 2011. Pemimpin murid yang terdiri daripada Pengawas, Pustakawan, Ketua darjah, Penolong Ketua darjah, Pengerusi, Setiausaha, Bendahari serta penolong bagi setiap persatuan , permainan dan badan beruniform telah turut serta dalam kursus sehari ini. Seramai 120 murid telah turut serta. Tahniah kepada semua guru dan murid yang telah menjayakan majlis ini.
Friday, February 25, 2011
KEJAYAAN PASUKAN SK MONTFORT DI JOHANAN OLAHRAGA MSSM ZON BANDAR 2011
Acara | Pingat | Murid | Kelas |
100 meter Lelaki 10 | EMAS | MUHAMMAD NUR SYAFIQ BIN MUHAMMAD RAZALI | 4A |
200 meter Lelaki 10 | EMAS | MUHAMMAD NUR SYAFIQ BIN MUHAMMAD RAZALI | 4A |
Lompat tinggi Lelaki 10 | EMAS | MUHAMMAD SAMIR BIN ZULKARNAIN | 4B |
Lompat jauh Lelaki 10 | GANGSA | MUHAMMAD AZHARI ABDUL RAHMAN | 4C |
4 x 100 meter Lelaki 10 | EMAS | MUHAMMAD NUR SYAFIQ B. MUHAMMAD RAZALI MUHAMMAD ADAM YUSRI BIN MOHD FAIZAL DANIEL LOO JING MUHAMMAD AZHARI ABDUL RAHMAN | 4A 4A 4A 4C |
4 x 100 meter Lelaki 12 | GANGSA | IRFAN AMZAR BIN SULAIMI LIM WEI LIANG MOHAMAD FITRY BIN MOHAMED FADZIL MUHAMAD HAMIZAN ANIQ BIN HARIZAN | 6A 6C 6C 5C |
4 X 200 meter Lelaki 10 | EMAS | MUHAMMAD NUR SYAFIQ B. MUHAMMAD RAZALI MUHAMMAD ADAM YUSRI BIN MOHD FAIZAL MUHAMMAD SAMIR BIN ZULKARNAIN MUHAMMAD AZHARI ABDUL RAHMAN | 4A 4A 4B 4C |
PIALA PESERTA LELAKI 10 TERBAIK | MUHAMMAD NUR SYAFIQ B. MUHAMMAD RAZALI | 4A | |
PIALA PUSINGAN LELAKI 10 | SK MONTFORT | E -5 G - 2 | |
JOHAN KESELURUHAN LELAKI 10 TERBAIK | SK MONTFORT | ||
Acara lain yang turut disertai oleh SK Montfort
MUHAMMAD ASIF ZIKRI BIN MURAD 6B | - lari berpagar 80 meter (lelaki 12) - lompat tinggi lelaki 12 |
MUHAMAD ARSYAD BIN BAHARUDIN 6C | - lari berpagar 80 meter (lelaki 12) |
SYED AIMAN BIN SYED KAMALRUL ARIFIN 6B | - lompat tinggi lelaki 12 - rejam lembing lelaki 12 |
LIM WEI LIANG 6C | - 100 meter lelaki 12 - 200 meter lelaki 12 - 4 x 200 meter lelaki 12 |
IRFAN AMZAR BIN SULAIMI 6A | - Lompat jauh lelaki 12 - 4 x 200 meter lelaki 12 - 100 meter lelaki 12 |
TAN BOON HAI 6C | - Rejam lembing lelaki 12 - Lontar peluru |
HAZEQ HAQEEM BIN R. AZMI 6A | - Lontar peluru lelaki 12 |
MOHAMAD FITRY BIN MOHAMED FADZIL 6C | - 4 x 200 meter lelaki 12 |
MUHAMAD HAMIZAN ANIQ BIN HARIZAN 5C | - 200 meter lelaki 12 - 4 x 200 meter lelaki 12 - lompat jauh lelaki 12 |
JURULATIH | - EN. ZABA B DULLAH - EN MOHD SYAHRUN NAZRI |
TAHNIAH KEPADA PASUKAN OLAHRAGA SK MONTFORT
2011
SEMOGA KEJAYAAN ANDA MENJADI PENDORONG KEPADA KECEMERLANGAN MURID SEMUA.
Monday, February 21, 2011
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
SILA BUAT SEMAKAN
PERMOHONAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
MULAI 21 FEBRUARI 2011
Sunday, February 13, 2011
LARIAN PERDANA MAHKOTA
Larian Perdana Mahkota Negeri Johor peringkat Daerah Batu Pahat telah diadakan dengan jayanya pada hari ini 12 Februari 2011 tepat pada jam 8.30 pagi. Sebelum larian, diadakan senamrobik serta ucapan PPD Batu Pahat. Sidang video yang sepatutnya diadakan antara YB Dr Mohd Puad dengan Tengku Mahkota Johor telah tidak dapat diadakan kerana masalah teknikal. 4 buah sekolah telah menyertai larian ini iaitu SMK Tinggi, SMK Dato Syed Isa, TIGS dan satu-satunya sekolah randah yang diberi penghormatan ialah SK Montfort. Seramai 5500 orang peserta termasuk ibu bapa, murid-murid, guru-guru, pegawai dan kakitangan PPD serta sekolah telah turut serta dalam larian sejauh 2 km ini. Untuk acara penutup, setiap sekolah yang menyertai larian diberikan sijil penyertaan oleh YB Dr Mohd Puad, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia selaku perasmi bagi larian ini. lagi gambar menyusul...... sila lihat di facebook skmbp .
lihat lain-lain gambar..........
lihat lain-lain gambar..........
Thursday, February 10, 2011
Program Cergas diri
Mulai tahun 2011, satu program kecergasan telah diadakan. Program Cerdas diri diadakan pada setiap hari isnin jam mulai 7.10 hingga 7.20 pagi .Belepas program tersebut diteruskan pula dengan program MERAH. More pictures.....
Tuesday, February 1, 2011
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2011
Admin dan semua warga SK Montfort ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada
Pn Ho Sing Mui, Cik Quek Suh Chien dan Guru-guru praktikum yang berkhidmat di SK Montfort serta semua murid yang berbangsa cina . Tak lupa juga kepada semua pembaca blog ini yang berbangsa cina. Kepada yang lain, selamat bercuti..............
Saturday, January 22, 2011
Selamat Menyambut Ulang Tahun kelahiran Tuan Guru Besar
22 Januari 2010 - Pada hari ini umur Tuan Guru Besar kita, En Ali bin Mohd Yunus telah menjangkau ke 52 Tahun. Tahniah diucapkan. Semoga beliau panjang umur dan dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik agar dapat memimpin SK Montfort ke arah kegemilangan. Satu majlis ringkas yang tidak dijangka telah diadakan di Pejabat SK Montfort pagi tadi sempena menyambut hari kelahiran beliau. Tahniah diucapkan sekali lagi.
Tuesday, January 18, 2011
Peristiwa yang tidak diduga...
18 Januari 2011 (selasa) - Jam 6.45 pagi tadi SK Montfort dikejutkan dengan kunjungan yang tidak diduga daripada............................
Saturday, January 15, 2011
Program Pemuafakatan Ibu bapa penjaga murid Tahun 6 (2011)
15 Januari 2011 (sabtu) - Program Motivasi dan Pemuafakatan ibu bapa murid Tahun 6 bersama guru-guru telah berlangsung dengan jayanya . Program itu menghimpunkan ibu bapa dan murid tahun 6 serta guru-guru bagi mengikuti ceramah motivasi yang disampaikan oleh En Zaim ( kaunselor SMK DO). Setelah itu Majlis Pelancaran Akhbar Didik juga turut diadakan dan telah dilancarkan dengan rasminya oleh En Ahmad Fuad ( Pegawai Khas Kepada Setiausaha politik Menteri Pelajaran Malaysia. Seperti biasa Akhbar didik tahun ini disumbangkan oleh YDP PIBG SK Montfort, Tn Hj Mazlan bin Mohamad . Majlis diakhiri dengan taklimat yang disampaikan oleh guru-guru subjek teras yang menekankan tanggungjawab semua dalam memastikan pencapaian yang terbaik untuk calon-calon UPSR 2011.
Untuk melihat gambar seterusnya klik
Thursday, January 13, 2011
Mesyuarat AJK Kelab Staff SK Montfort 2011 kali pertama
13 Januari 2011 - Mesyuarat AJK Kelab Staff kali pertama telah diadakan pada hari ini di Perpustakaan SK Montfort. Antara ketetapan Ajk yang bersidang adalah
- Yuran tetap RM 10.00 sebulan .
- Lawatan Ke Kelantan @ langkawi. (jika kewangan mengizinkan) .
- Sumbangan kepada mereka yang selayaknya tetap diteruskan dan perlu diwar-warkan.
- Yuran tetap RM 10.00 sebulan .
- Lawatan Ke Kelantan @ langkawi. (jika kewangan mengizinkan) .
- Sumbangan kepada mereka yang selayaknya tetap diteruskan dan perlu diwar-warkan.
- Akhbar Berita Harian akan terus dibekalkan.
-Baju Batik SK Montfort akan diusahakan.
lagi...................................
Subscribe to:
Posts (Atom)
