MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Sunday, February 13, 2011

LARIAN PERDANA MAHKOTA

Larian Perdana Mahkota Negeri Johor peringkat Daerah Batu Pahat telah diadakan dengan jayanya pada hari ini 12 Februari 2011 tepat pada jam 8.30 pagi. Sebelum larian, diadakan senamrobik serta ucapan PPD Batu Pahat. Sidang video yang sepatutnya diadakan antara YB Dr Mohd Puad dengan Tengku Mahkota Johor telah tidak dapat diadakan kerana masalah teknikal. 4 buah sekolah telah menyertai larian ini  iaitu SMK Tinggi, SMK Dato Syed Isa, TIGS dan satu-satunya sekolah randah yang diberi penghormatan ialah SK Montfort. Seramai 5500 orang peserta termasuk ibu bapa, murid-murid, guru-guru, pegawai dan kakitangan PPD serta sekolah telah turut serta dalam larian sejauh 2 km ini. Untuk acara penutup, setiap sekolah yang menyertai larian diberikan sijil penyertaan oleh YB Dr Mohd Puad, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia selaku perasmi bagi larian ini. lagi gambar menyusul...... sila lihat di facebook skmbp .
lihat lain-lain gambar..........

Thursday, February 10, 2011

Program Cergas diri

Mulai tahun 2011, satu program kecergasan telah diadakan.  Program Cerdas diri diadakan pada setiap hari isnin jam mulai 7.10 hingga 7.20 pagi .Belepas program tersebut diteruskan pula dengan program MERAH. More pictures.....

Tuesday, February 1, 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2011

Admin dan semua warga SK Montfort ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada
Pn Ho Sing Mui, Cik Quek Suh Chien dan Guru-guru praktikum yang berkhidmat di SK Montfort serta semua murid yang berbangsa cina . Tak lupa juga kepada semua pembaca blog ini yang berbangsa cina. Kepada yang lain, selamat bercuti..............

Saturday, January 22, 2011

Selamat Menyambut Ulang Tahun kelahiran Tuan Guru Besar


22 Januari 2010 - Pada hari ini umur Tuan Guru Besar kita, En Ali bin Mohd Yunus telah menjangkau ke 52 Tahun. Tahniah diucapkan. Semoga beliau panjang umur dan dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik agar dapat memimpin SK Montfort ke arah kegemilangan. Satu majlis ringkas yang tidak dijangka telah diadakan di Pejabat SK Montfort pagi tadi sempena menyambut hari kelahiran beliau. Tahniah diucapkan sekali lagi.

Tuesday, January 18, 2011

Peristiwa yang tidak diduga...

18 Januari 2011 (selasa) - Jam 6.45 pagi tadi SK Montfort dikejutkan dengan kunjungan yang tidak diduga daripada............................

Saturday, January 15, 2011

Program Pemuafakatan Ibu bapa penjaga murid Tahun 6 (2011)


 15 Januari 2011 (sabtu) - Program Motivasi dan Pemuafakatan ibu bapa murid Tahun 6 bersama guru-guru telah berlangsung dengan jayanya . Program itu menghimpunkan ibu bapa dan murid tahun 6 serta guru-guru bagi mengikuti ceramah motivasi yang disampaikan oleh En Zaim ( kaunselor SMK DO). Setelah itu Majlis Pelancaran Akhbar Didik juga turut diadakan dan telah dilancarkan dengan rasminya oleh En Ahmad Fuad ( Pegawai Khas Kepada Setiausaha politik Menteri Pelajaran Malaysia. Seperti biasa Akhbar didik tahun ini disumbangkan oleh YDP PIBG SK Montfort, Tn Hj Mazlan bin Mohamad . Majlis diakhiri dengan taklimat yang disampaikan oleh guru-guru subjek teras yang menekankan tanggungjawab semua dalam memastikan pencapaian yang terbaik untuk calon-calon UPSR 2011. 
Untuk melihat gambar seterusnya klik

Thursday, January 13, 2011

Mesyuarat AJK Kelab Staff SK Montfort 2011 kali pertama

 13 Januari 2011 - Mesyuarat AJK Kelab Staff kali pertama telah diadakan pada hari ini di Perpustakaan SK Montfort. Antara ketetapan Ajk yang bersidang adalah
- Yuran tetap RM 10.00 sebulan .
- Lawatan Ke Kelantan @ langkawi. (jika kewangan mengizinkan) .
- Sumbangan kepada mereka yang selayaknya tetap diteruskan dan perlu diwar-warkan.
- Akhbar Berita Harian akan terus dibekalkan.
-Baju Batik SK Montfort akan diusahakan.
lagi...................................

Friday, January 7, 2011

Perjumpaan Ibu bapa penjaga Pengawas SK Montfort 2011

 6 Januari 2011 - Perjumpaan Ibu bapa penjaga Pengawas bersama Guru Besar telah diadakan dengan jayanya pada hari ini di Perpustakaan SK Montfort. Seramai 64 orang ibu bapa telah hadir dalam perjumpaan ini. Guru Besar mengharapkan agar ibu bapa bersama-sama memastikan  pengawas yang dilantik dapat menunjukkan bakat kepimpinan yang jitu sejak daripada sekolah rendah lagi. Ibu bapa juga diharap agar bersama-sama memastikan pelajaran anak-anak mereka sentiasa cemerlang.

Saturday, January 1, 2011

Program Transisi Tahun 1 [2011]

 31 Disember 2011 - Program Transisi menjadi satu program wajib kepada semua ibu bapa dan penjaga murid Tahun 1 yang bakal bersekolah pada tahun hadapan. Dalam program ini, semua ibu bapa penjaga diterangkan tentang peraturan sekolah, masa persekolahan, aktiviti yang dijalankan dan bermacam-macam lagi. Majlis ini telah diacarakan oleh Kaunselor SK Montfort En Suhaimi bin Ali. Guru Besar, GPK Hem dan penyelaras Program Transisi Pn Radziah Hashim telah sama-sama membentangkan maklumat dalam program ini. ( Untuk lihat gambar lain sila klik 'read more' di bawah.

Tuesday, December 21, 2010

PERUBAHAN IKRAR MURID SK MONTFORT 2011


IKRAR MURID SK MONTFORT

Saya, murid Sekolah Kebangsaan Montfort, dengan ini berjanji  bahawa saya mesti:-
  •   Taat dan patuh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.
  • Menghormati ibu bapa, guru-guru dan semua warga SK Montfort. 
  • Patuh kepada undang-undang dan peraturan sekolah.
  •  Sentiasa berkeadaan kemas dan bersih, teratur dan menepati waktu yang ditetapkan. 
  • Rajin dan berusaha sedaya upaya dalam pelajaran dan segala kegiatan kokurikulum
  • Bersifat amanah, jujur, bertimbang rasa, bertanggungjawab dan berbudi bahasa.

Supaya saya menjadi insan yang berguna kepada sekolah, masyarakat dan negara.

PERUBAHAN LIRIK LAGU SK MONTFORT

Kami bergerak maju,
Ke arah yang dituju,
Usaha hendaklah padu,
Kejayaan adalah perlu.

(korus)

Membaca, menulis,
Mengira asas yang mesti ada,
Bersih jasad dan jiwa,
Nilai seorang warga.

SK Montfort ternama,
Tetap saya sanjungi,
Di sini kami bersama,
Ingatan kekal abadi.

( ulang semula korus )

Ingatan kekal abadi................................

Makluman untuk semua warga SK Montfort mulai Tahun 2011.

TARIKH PERHIMPUNAN BULANAN KO KURIKULUM 2011

Perhimpunan Bulanan Ko Kurikulum akan diadakan seperti tarikh-tarikh berikut:
17/01/2011
14/02/2011
14/03/2011
11/04/2011
16/05/2011
13/06/2011
11/07/2011
15/08/2011
12/09/2011
17/10/2011
14/11/2011
Garis panduan pemakaian pakaian Ko kurikulum di hari persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Ko Kurikulum berdasarkan Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2007. Harap Maklum kepada semua murid-murid SK Montfort.

Monday, December 20, 2010