MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Tuesday, June 22, 2010

Kesesakan lalu lintas

22 Jun 2010 - Kesesakan lalu lintas yang amat teruk berlaku di persimpangan Empat jalan Zaharah ( Simpang masuk ke high School dan montfort ) pada pagi ini. Admin sendiri telah tersangkut dalam kesesakan ini selama 20 minit. Kesesakan ini mungkin berpunca daripada sikap pemandu yang mengabaikan peraturan lalu lintas dan hujan lebat yang turun sejak daripada awal pagi. atau mungkin juga sikap ibu bapa yang menghentikan kenderaan terlalu lama sewaktu menurunkan anak mereka ke sekolah. Jadi patuhilah peraturan jalan raya dan bertimbang rasalah semasa memandu kenderaan anda.

Montfort cemerlang lagi

21 Jun 2010 - Afiq bin Azwan telah berjaya mengharumkan nama SK Montfort , Daerah Batu Pahat dan seterusnya negeri Johor kerana pasukan yang disertainya telah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Ragbi Rimau MSSM ( pkt kebangsaan ) yang berlangsung di Kelantan pada cuti sekolah  baru-baru ini. Tahniah diucapkan semoga kecemerlangan beliau memberikan inspirasi kepada murid-murid yang lain.

Tuesday, June 8, 2010

Selamat Datang GPK Petang baru

Selamat Datang diucapkan kepada Saudara Nik Mohd Rozi bin Kasim ke Sekolah Kebangsaan Montfort. Beliau akan menjalankan tugas yang telah ditinggalkan oleh En Sakip bin Suradi selaku GPK Petang. Berumur 34 tahun . Sebelum ini beliau bertugas di SK Kampug Baru, Senggarang. Batu Pahat. Beliau berasal daripada Maran, Pahang. Tahniah diucapkan atas perlantikkan beliau. Semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di sekolah baru dan persekitaran yang baru.

PEPERIKSAAN PTK

Peperiksaan PTK dijalankan lagi.
PTK untuk Pembantu Tadbir N17, W17 dan PPPLD DGA 29 diadakan pada hari selasa 8 Jun 2010 bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

PTK untuk PPPLD DGA 32 pada hari Rabu 9 Jun 2010 bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

PTK untuk PPPS DG41 diadakan pada hari khamis 10 Jun 2010 jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Kepada semua kakitangan pendidikan yang mengambil peperiksaan PTK, selamat berjuang.

Monday, June 7, 2010

SELAMAT BERCUTI WARGA MONTFORT



Selamat bercuti kepada semua warga SK Montfort dan juga semua warga pendidikan di Malaysia. Kepada semua murid, jadikan cuti 2 minggu ini sebagai cuti yang membawa manfaat. Kepada yang hendak pergi melancong, rancanglah perjalanan anda semoga memperolehi percutian yang berfaedah. Selamat bercuti semua.

Sunday, May 30, 2010

PERTUKARAN GURU


SK Montfort akan kehilangan seorang Penolong Pentadbir yang berkalibar iaitu En Sakip bin Suradi GPK Petang SK Montfort. Beliau akan mula bertugas sebagai GPK Petang di SK Peserai pada bila-bila masa dari sekarang selepas selesai melakukan penyerahan tugas kepada GPK Petang yang baru dilantik untuk menggantikan tempat beliau. Tahniah di atas pertukaran beliau dan semua warga Montfort berharap agar beliau lebih sukses di sekolah dan di persekitaran baru. 

Monday, May 24, 2010

Sambutan Hari Peringkat Sekolah 2010


17 Mei 2010- Sambutan Hari Guru SK Montfort telah disambut dengan meriah sekali pada hari Isnin yang lalu. Banyak acara diadakan antaranya Ucapan Sambutan Hari Guru, Persembahan murid dan guru, pertandingan karaoke, pakaian beragam serta sukaneka antara guru. Sambutan kali ini ditambah meriah lagi dengan kehadiran PPD Batu Pahat  (Tn Hj Shapie ) dan beliau sempat melapangkan masa memulakan pertandingan sukaneka antara guru. Apa yang membanggakan sambutan kali ini ialah disiplin murid adalah sangat  terkawal. Tahniah semua guru dan murid. Selamat Hari Guru.

Lawatan Ke Terengganu

15 Mei 2010 - Satu Lawatan Kerja telah dilakukan oleh seramai 29 ahli kelab Staf diketuai oleh Pengerusi Kelab Staf iaitu En Abd Razak bin Suleiman ke Terengganu. Tempat-tempat yang dilawati adalah Masjid Terapung, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Pusat Batik Noor Arfa, Pasar Kedai Payang, Kilang Pembuatan Keropok Lekor Losong. Lawatan selama 2 hari itu memberi kelapangan minda bagi guru-guru yang terlibat. Tahniah diucapkan.

Sunday, May 9, 2010

SK MONTFORT BERJAYA LAGI

6 Mei 2010- SK Montfort menempa kegemilangan sekali lagi apabila berjaya memenangi tempat ke 3 dalam Pertandingan Deklamasi Puisi Dalam Bahasa Cina SK Peringkat Negeri Johor. SK Montfort diwakili oleh Kiruben ( Tahun 1), Syed Muizzuddin, Akmal Haziq dan Muhamad Iqra'izz ( Tahun 3) dan Guru pengiring Cikgu Zakria Othman dan Guru Bahasa Cina SK Montfort Cik Quek. Pertandingan telah diadakan di SJKC Pu Sze, Johor Bahru. Tempat pertama dimenangi oleh daerah Johor Bahru dan tempat ke dua  oleh daerah Muar. Tahniah diucapkan kepada Cik Quek, En Zakria dan semua pelajar yang terlibat.

Tuesday, April 20, 2010

Koko Krunch Smart Camp


17 April 2010 - Hari ini telah berlangsung Koko Krunch Smart Camp . Murid Tahun 5 dan 6 terlibat dalam Camp ini. Terima kasih diucapkan kepada Syarikat Nestle dan NST atas usaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di SK Montfort. Terima kasih dan tahniah juga kepada yang terlibat dalam program ini.