MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Sunday, May 30, 2010

PERTUKARAN GURU


SK Montfort akan kehilangan seorang Penolong Pentadbir yang berkalibar iaitu En Sakip bin Suradi GPK Petang SK Montfort. Beliau akan mula bertugas sebagai GPK Petang di SK Peserai pada bila-bila masa dari sekarang selepas selesai melakukan penyerahan tugas kepada GPK Petang yang baru dilantik untuk menggantikan tempat beliau. Tahniah di atas pertukaran beliau dan semua warga Montfort berharap agar beliau lebih sukses di sekolah dan di persekitaran baru. 

Monday, May 24, 2010

Sambutan Hari Peringkat Sekolah 2010


17 Mei 2010- Sambutan Hari Guru SK Montfort telah disambut dengan meriah sekali pada hari Isnin yang lalu. Banyak acara diadakan antaranya Ucapan Sambutan Hari Guru, Persembahan murid dan guru, pertandingan karaoke, pakaian beragam serta sukaneka antara guru. Sambutan kali ini ditambah meriah lagi dengan kehadiran PPD Batu Pahat  (Tn Hj Shapie ) dan beliau sempat melapangkan masa memulakan pertandingan sukaneka antara guru. Apa yang membanggakan sambutan kali ini ialah disiplin murid adalah sangat  terkawal. Tahniah semua guru dan murid. Selamat Hari Guru.

Lawatan Ke Terengganu

15 Mei 2010 - Satu Lawatan Kerja telah dilakukan oleh seramai 29 ahli kelab Staf diketuai oleh Pengerusi Kelab Staf iaitu En Abd Razak bin Suleiman ke Terengganu. Tempat-tempat yang dilawati adalah Masjid Terapung, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Pusat Batik Noor Arfa, Pasar Kedai Payang, Kilang Pembuatan Keropok Lekor Losong. Lawatan selama 2 hari itu memberi kelapangan minda bagi guru-guru yang terlibat. Tahniah diucapkan.

Sunday, May 9, 2010

SK MONTFORT BERJAYA LAGI

6 Mei 2010- SK Montfort menempa kegemilangan sekali lagi apabila berjaya memenangi tempat ke 3 dalam Pertandingan Deklamasi Puisi Dalam Bahasa Cina SK Peringkat Negeri Johor. SK Montfort diwakili oleh Kiruben ( Tahun 1), Syed Muizzuddin, Akmal Haziq dan Muhamad Iqra'izz ( Tahun 3) dan Guru pengiring Cikgu Zakria Othman dan Guru Bahasa Cina SK Montfort Cik Quek. Pertandingan telah diadakan di SJKC Pu Sze, Johor Bahru. Tempat pertama dimenangi oleh daerah Johor Bahru dan tempat ke dua  oleh daerah Muar. Tahniah diucapkan kepada Cik Quek, En Zakria dan semua pelajar yang terlibat.