MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Thursday, August 27, 2009

FADHILAT SEMBAHYANG TARAWIH

FADHILAT SEMBAHYANG TARAWIH

Malam.Pertama.Dosa seseorang itu keluar seperti ia baru di lahirkan oleh ibunya.

Malam ke 2.Dosanya diampuni begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang Mukmin.

Malam ke 3.Dipanggil oleh Malaikat dari bawah Arasy dengan seruan; Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosa kamu yang telah lalu

Malam ke 4.Diberi pahala yang sama dengan pahala orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam ke 5.Diberi pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.

Malam ke 6.Diberi pahala seperti pahala orang yang Tawaf di Baitullah dan segala batu-batu dan pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ke 7.Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.

Malam ke 8.Diberikan oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam ke 9.Seperti pahala beribadah kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad (s.a.w).

Malam ke 10.Dikurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat.

Malam ke 11.Keluar dari dunia seperti pada hari pertama ia dilahirkan dari kandungan ibunya - yakni bersih dari dosa..

Malam ke 12.Datang di hari Kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.

Malam ke 13.Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.

Malam ke 14.Disaksikan oleh para Malaikat, kalau dia telah melaksanakan Solat Tarawih, maka pada hari Kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala kemudaratan.

Malam ke 15.Diminta ampun oleh para Malaikat oleh Malaikat yang memikul Arasy dan Qursy.

Malam ke 16.Dibebaskan dari api Neraka dan dapat memasuki Syurga.

Malam ke 17.Diberi pahala seperti pahala para Nabi.

Malam ke 18.Diseru oleh para Malaikat, wahai Hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu.

Malam ke 19.Diangkat darjatnya ke dalam Syurga Firdaus.

Malam ke 20.Diberi pahala para Syuhada dan para Solehin.

Malam ke 21.Dibina rumahnya dari Nur di dalam Syurga.

Malam ke 22.Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam ke 23.Dibangunkan sebuah kota untuknya di Syurga.

Malam ke 24.Diberi pahala berupakan 24 permohonan Doa yang dimakbulkan Allah.

Malam ke 25.Dihapuskan dari seksa dan azab kubur.

Malam ke 26.Pahalanya diangkat selama 40 tahun.

Malam ke 27.Sewaktu melintasi Titian Siratulmustaqim pada hari Akhirat nanti ia dapat melintasinya dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam ke 28.Allah mengangkatnya dengan Seribu darjat.

Malam ke 29.Diberi pahala Seribu Haji yang Mabrur.

Malam ke 30.Dipanggil Allah, Wahai Hambaku, makanlah buah-buahan Syurga dan mandilah dengan Air Salsabil (Air Syurga yang sedap diminum) serta minumlah dari Telaga Kauts


No comments: