22 Januari 2010 - Pada hari ini umur Tuan Guru Besar kita, En Ali bin Mohd Yunus telah menjangkau ke 52 Tahun. Tahniah diucapkan. Semoga beliau panjang umur dan dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik agar dapat memimpin SK Montfort ke arah kegemilangan. Satu majlis ringkas yang tidak dijangka telah diadakan di Pejabat SK Montfort pagi tadi sempena menyambut hari kelahiran beliau. Tahniah diucapkan sekali lagi.
MAKLUMAN
SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI
Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.
Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.
Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014
Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.
Saturday, January 22, 2011
Tuesday, January 18, 2011
Peristiwa yang tidak diduga...
18 Januari 2011 (selasa) - Jam 6.45 pagi tadi SK Montfort dikejutkan dengan kunjungan yang tidak diduga daripada............................
Saturday, January 15, 2011
Program Pemuafakatan Ibu bapa penjaga murid Tahun 6 (2011)
15 Januari 2011 (sabtu) - Program Motivasi dan Pemuafakatan ibu bapa murid Tahun 6 bersama guru-guru telah berlangsung dengan jayanya . Program itu menghimpunkan ibu bapa dan murid tahun 6 serta guru-guru bagi mengikuti ceramah motivasi yang disampaikan oleh En Zaim ( kaunselor SMK DO). Setelah itu Majlis Pelancaran Akhbar Didik juga turut diadakan dan telah dilancarkan dengan rasminya oleh En Ahmad Fuad ( Pegawai Khas Kepada Setiausaha politik Menteri Pelajaran Malaysia. Seperti biasa Akhbar didik tahun ini disumbangkan oleh YDP PIBG SK Montfort, Tn Hj Mazlan bin Mohamad . Majlis diakhiri dengan taklimat yang disampaikan oleh guru-guru subjek teras yang menekankan tanggungjawab semua dalam memastikan pencapaian yang terbaik untuk calon-calon UPSR 2011.
Untuk melihat gambar seterusnya klik
Thursday, January 13, 2011
Mesyuarat AJK Kelab Staff SK Montfort 2011 kali pertama
13 Januari 2011 - Mesyuarat AJK Kelab Staff kali pertama telah diadakan pada hari ini di Perpustakaan SK Montfort. Antara ketetapan Ajk yang bersidang adalah
- Yuran tetap RM 10.00 sebulan .
- Lawatan Ke Kelantan @ langkawi. (jika kewangan mengizinkan) .
- Sumbangan kepada mereka yang selayaknya tetap diteruskan dan perlu diwar-warkan.
- Yuran tetap RM 10.00 sebulan .
- Lawatan Ke Kelantan @ langkawi. (jika kewangan mengizinkan) .
- Sumbangan kepada mereka yang selayaknya tetap diteruskan dan perlu diwar-warkan.
- Akhbar Berita Harian akan terus dibekalkan.
-Baju Batik SK Montfort akan diusahakan.
lagi...................................
Friday, January 7, 2011
Perjumpaan Ibu bapa penjaga Pengawas SK Montfort 2011
6 Januari 2011 - Perjumpaan Ibu bapa penjaga Pengawas bersama Guru Besar telah diadakan dengan jayanya pada hari ini di Perpustakaan SK Montfort. Seramai 64 orang ibu bapa telah hadir dalam perjumpaan ini. Guru Besar mengharapkan agar ibu bapa bersama-sama memastikan pengawas yang dilantik dapat menunjukkan bakat kepimpinan yang jitu sejak daripada sekolah rendah lagi. Ibu bapa juga diharap agar bersama-sama memastikan pelajaran anak-anak mereka sentiasa cemerlang.
Saturday, January 1, 2011
Program Transisi Tahun 1 [2011]
31 Disember 2011 - Program Transisi menjadi satu program wajib kepada semua ibu bapa dan penjaga murid Tahun 1 yang bakal bersekolah pada tahun hadapan. Dalam program ini, semua ibu bapa penjaga diterangkan tentang peraturan sekolah, masa persekolahan, aktiviti yang dijalankan dan bermacam-macam lagi. Majlis ini telah diacarakan oleh Kaunselor SK Montfort En Suhaimi bin Ali. Guru Besar, GPK Hem dan penyelaras Program Transisi Pn Radziah Hashim telah sama-sama membentangkan maklumat dalam program ini. ( Untuk lihat gambar lain sila klik 'read more' di bawah.
Subscribe to:
Posts (Atom)