MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Wednesday, March 14, 2012

PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PPD BATU PAHAT YANG BARU MULAI 2012

En. Ab Rahim Bin Lamin
Pegawai Pelajaran Daerah PPD Batu Pahat

PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH 2013 & 2014

Ibu Bapa / Penjaga
Murid-murid SK. Montfort
Batu Pahat

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan masuk ke sekolah rendah bagi sesi 2013 dan 2014 hanya boleh dibuat seawal DUA tahun sebelum kanak-kanak tersebut bersekolah.

  1. Kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2007 hingga 01.01.2008 untuk sesi persekolahantahun 2014.
  2. Kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2006 hingga 01.01.2007 untuk sesi persekolahantahun 2013.
Sehubungan dengan itu, tuan / puan boleh membuat permohonan penempatan kanak-kanak ke Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2013 dan 2014 mengikut ketetapan berikut :

  • Tarikh : 1 HINGGA 31 MAC 2012
  • Hari : Hari Bekerja
  • Masa : Waktu Pejabat
Sila bawa bersama :
  • Sijil Kelahiran Kanak-Kanak ( asal dan salinan ).
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga.
  • Bukti alamat tempat tinggal terkini ( bil elektrik/air dan sebagainya ).
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kerani pejabat di no. tel. 07-4342135

Sekian untuk makluman tuan / puan. Terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


PN. RAFEAH BINTI MD. SAID
GPK HEM
SK. MONTFORT
BATU PAHAT

Tuesday, March 6, 2012

LDP SK Montfort 2012

 25 Februari 2012 - Sebanyak 3 ceramah telah berlangsung pada hari ini. 1. Ceramah panduan mencegah kebakaran. 2. Ceramah Permakanan Sihat. 3. Perlindungan insuran diri dan keluarga. Semua ceramah memberi manfaat kepada kita semua warga SK Montfort.

Majlis Pelantikan Pemimpin muda 2012

 20 Februari 2012 - Majlis Pelantikan Pemimpin Muda Sk Montfort telah dijalankan dengan jayanya . Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi kepada yang telah dilantik. Semoga usaha anda diberkati Allah. Insya Allah.

Sambutan Maulidur Rasul 2012

 24 Februari 2012- Sambutan Maulidurrasul telah selamat dijalankan dengan pengisian yang amat bermakna kepada semua murid dan warga montfort. Tahniah kepada semua yang menjayakan majlis tersebut. Terima kasih kepada para penderma . Semoga dimurahkan rezeki dengan penuh keberkatan.