MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Saturday, February 11, 2012

Bengkel Teknik Jawab Matematik 2012

11 Februari 2012 - Bengkel Menjawab Soalan Matematik telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama yang sangat baik daripada penceramah undangan En Yazid bin Kamri. Bengkel yang dijalankan selama 4 jam ini telah memberi suntikan semangat kepada semua calon UPSR 2012 untuk menjawab dengan betul tepat dan berkesan dalam peperiksaan UPPM dan seterusnya peperiksaan UPSR nanti. Tahniah dan terima kasih kepada semua jawatankuasa pengelola dalam memsatikan program ini berjalan dengan lancar.

Friday, February 10, 2012

Pelancaran Akhbar DIDIK bagi murid Tahun 4 2012




30 Januari 2012 - seramai 80 orang murid Tahun 4 berpeluang menggunakan akhbar dalam darjah dengan adanya sumbangan Akhbar DIDIK yang telah ditaja oleh En Mohd Said bin Roslan yang merupakan usahawan berjaya juga merupakan mantan YDP PIBG SK Montfort satu masa dahulu. Dengan sisipan Akhbar DIDIK yang akan diperolehi setiap minggu itu nanti dapatlah murid-murid Tahun 4 membuat latihan yang disediakan dengan bantuan guru dan ibu bapa di rumah. Bagi murid-murid Tahun 6......... tunggu tajaan yang akan bakal menyusul.....

Thursday, February 9, 2012

Mesyuarat Kurikulum kali ke 2 tahun 2012


Mesyuarat Kurikulum bagi Guru-guru tahun 6 2012 memutuskan bahawa program yang akan diambil bagi meningkatkan prestasi calon UPSR Tahun ini adalah seperti berikut:
1. Modul mata pelajaran teras
2. Ujian kendiri bagi BI dan BM (jumaat minggu 1 dan 3) SN dan MT (jumaat minggu 2 dan 4)
3. Program Motivasi Tahun 6.
4. Program mahir diri - menghafal fakta penting 5 minit sebelum pembelajaran.
5. Program Bengkel Mata Pelajaran.
6. Program kumpul dan gempur - Murid didedahkan dengan ujian sebenar UPSR tahun-tahun lalu.
7. Program kelas insentif.
8. Program keibu bapaan.
9. Program bersama mu - near miss galus.
10. Program bitara hati guru besar.

diharapkan dengan program yang dirancang akan meningkatkan lagi prestasi SK Montfort . Insya Allah......