MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Saturday, March 26, 2011

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan kali ke - 1 Tahun 2011

 26 Mac 2011 (sabtu) - Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan bagi semua guru SK Montfort telah dijalankan dengan jayanya pada hari ini. Penceramah undangan adalah Tn Hj Daud bin Salleh. Kaunselor SMK Dato Onn. Selain itu, pembentangan bahan bacaan juga telah dijalankan. Seramai 6 orang guru telah membentangkan hasil bacaan . Mereka adalah Cikgu Khoo, Cikgu Wong, Pn Aishah , En Zainuddin, Cik Quek dan  En Shaari . Turut sama dalam kursus adalah tuan Guru Besar, En Ali bin Mohd Yunus. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah hadir dalam kursus ini. (gambar seterusnya)............

Friday, March 25, 2011

Lumrah alam


INGIN TAHU?
Agak-agak apa ada di dalam perut ular ini? Kelihatan sangat besar mangsanya. Ular sawa yang panjangnya lebih 30 kaki ini telah ditangkap oleh anggota-anggota JPA3 Batu Pahat baru-baru ini di kawasan pendalaman Kg Sri Medan Batu Pahat. Jika nak tahu ikutilah kisahnya pada hari dan waktu yang sama minggu hadapan.

Saturday, March 12, 2011

Sambutan Maulidur Rasul SK Montfort 2011

11 Mac 2011- SK Montfort telah berjaya mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Berbagai acara telah diadakan . Kemuncak sambutan adalah ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah undangan. Jamuan telah disumbangkan oleh individu-individu yang perihatin. Terima kasih diucapkan.

lagi foto menarik................

Wednesday, March 2, 2011

Majlis Perwatikahan Pengawas Pustakawan dan Ketua Darjah 2011

 28 Februari 2011 ( isnin ) - Majlis Perwatikahan Pengawas, Pustakawan dan Ketua Darjah telah diadakan dengan jayanya di Dewan Terbuka SK Montfort. Majlis ini di rasmikan oleh YDP PIBG SK Montfort, Tn Hj Mazlan bin Mohamed. Tahniah kepada semua pengawas, pustakawan dan ketua kelas kerana telah dilantik dengan rasminya memegang jawatan tersebut. Ikrar Pemimpin telah dipimpin oleh Faizul bin Baharudin selaku Ketua Pengawas dan Ketua Murid 2011. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua guru terutama Jawatan kuasa kerja Majlis ini yang telah memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.

Tuesday, March 1, 2011

Anugerah Piala Kejohanan MSSM Cawangan Bandar 2011

28 Februari 2011 (isnin) - Para pemenang acara Balapan dan padang MSSM Cawangan Bandar telah di kalungkan pingat dan piala kejohanan MSSM Cawangan Bandar Bawah 10 oleh Tuan Guru Besar SK Montfort semasa upacara perhimpunan mingguan .