MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Thursday, November 25, 2010

Jamuan Akhir tahun 2010 dan Majlis perpisahan

13 November 2010- Jamuan akhir tahun.2010 telah diadakan di Kelab Golf Banang. Batu Pahat. Majlis perpisahan En Sakip Suradi dan Pn Hjh Hassnah juga telah diadakan pada hari tersebut. Terima kasih kepada Pengerusi dan AJK Kelab Staff kerana telah berjaya mengendalikan majlis tersebut. Semoga Tahun 2011 nanti Kealb Staf SK Montfort akan dipengerusikan lagi oleh En Abd Razak . Tahniah diucapkan.

Wednesday, November 24, 2010

Mesyuarat Guru Akhir Tahun 2010

13 November 2010 (Sabtu) - Mesyuarat Guru akhir Tahun 2010 telah selamat dijalankan bermula jam 8.00 pagi. Inti pati mesyuarat adalah berkaitan tindakan yang akan dijalankan pada tahun 2011.Mesyuarat telah diadakan di Bilik Sumber SK Montfort.

Lawatan Sambil Belajar Ke SMK Tinggi

10 November 2010 - Lawatan Sambil belajar ke SMKtinggi telah diadakan pada hari ini. Semua murid Tahun 6 telah didedahkan tentang kehidupan di Sekolah menengah. Seramai 95 orang murid terlibat dalam lawatan ini dengan diiringi oleh Cikgu Suhaimi, Cikgu Zainuddin, Cikgu Azlina dan Ust Shaari. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam program ini.

Program membaca 1 Malaysia 2010


8 November 2010 - Program membaca 1 Malaysia telah dijalankan serentak pada hari ini tepat jam 9.30 pagi. Program membaca 10 minit ini dijalankan serentak di semua sekolah seluruh Malaysia.

Sambutan Hari Kanak-kanak 2010


2 Nov 2010 - Sambutan Hari Kanak-kanak telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. AJK PIBG telah turut serta dalam sambutan pada kali ini. Sumbangan dari ibu bapa bagi memeriahkan majlis ini pun sangat-sangat memberangsangkan. terima ksih diucapkan kepada penderma yang bermurah hati memberikan sumbangan dalam majlis ini.

Tuesday, November 9, 2010

Kempen Kitar Semula 2010

9 November 2010 - Kempen kiitar semula barangan terpakai telah dianjurkan oleh unit HEM SK Montfort. Sambutan yang diterima daripada warga sekolah sangat memberangsangkan. Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian..