MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Saturday, January 30, 2010

Program Membudayakan Al Quran







29 Januari 2010 - Julung-julung kali SK Montfort mengadakan Program Membudayakan Al Quran. Semua murid dan guru islam menyertainya Program ini dijalankan bermula jam 7.10 pagi. Tahniah diucapkan kepada panitia Agama Islam kerana berjaya melaksanakan program tersebut . Manakala murid-murid bukan islam pula telah ditempatkan di lokasi lain dan juga menjalankan program motivasi dan nilai murni di bawah kelolaan unit pendidikan moral.

Thursday, January 28, 2010

Majlis Pelancaran Akhbar Sisipan DIDIK NST












27 Januari 2010 - satu majlis Pelancaran Akhbar Sisipan DIDIK telah diadakan di Dewan Terbuka SK Montfort. Sisipan Akhbar Didik NST untuk murid-murid Tahun 6 SK Montfort telah disumbangkan oleh YDP PIBG SK Montfort . Sebanyak 84 naskah akan diterima untuk setiap minggu sehingga berakhirnya Peperiksaan UPSR. Diharapkan agar semua murid tahun 6 memanfaatkan akhbar DIDIK yang diterima . Semua latihan hendaklah disiapkan dan sentiasa dibawa ke sekolah untuk dibincangkan dengan guru mata pelajaran. Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG SK Montfort dan semua yang terlibat.

Motivasi murid Tahun 6 SK Montfort







22 Januari 2010 - Satu Motivasi untuk murid-murid tahun 6 telah berjaya diadakan pada hari jumaat . En Zaim selaku motivator yang dipertangungjawabkan untuk menjayakan program itu. Program ini adalah hasil usaha En Suhaimi B Ali selaku Guru Bimbingan Kaunseling SK Montfort.

Saturday, January 23, 2010

Al-Fatihah...



Rakyat Negeri Johor khususnya dan negara amnya berdukacita akan pemergian Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail pada jam 7.15mlm. 22 Januari 2010 di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Moga Allah cucuri rahmatNya ke atas roh Baginda..
Al-Fatihah..

Friday, January 22, 2010

Program Budaya Al-Quran 2010

Assalamualaikum wrt. wbh. & Salam 1 Malaysia,

Bros. & Sis. Bloggers..

Makluman dan war-warkan.

Program Budaya Al-Quran SK. Montfort 2010 akan diadakan pada 29 Januari 2010 jam 7.15 pagi. Program sulung ini bakal menjadi perintis kepada pengisian pagi Jumaat yang jarang-jarang sekali diadakan di institusi tercinta ini. Diharap semua murid Tahap 2 dan warga Montfort sama-sama terlibat dalam program ilmiah dan dakwah ini. Perkembangan lanjut tentangnya akan di'upload' kelak dalam blog ini. So don't miss it..

Sekian.

Tuesday, January 19, 2010

Program Bersama Ibu bapa Murid Tahun 6













17 Januari 2010 - Seramai 50 orang ibu bapa dan penjaga murid tahun 6 SK Montfort telah menghadiri Program Pemuafakatan dan Motivasi Ibu Bapa Penjaga Murid tahun 6 SK Montfort yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling SK Montfort dengan kerjasama PIBG. Antara kandungan program adalah seperti berikut:
  1. Ucapan YDP PIBG dan Guru Besar.
  2. Pembentangan Audit Akademik.
  3. Pembentangan Panitia Matapelajaran.
  4. Motivasi yang disampaikan oleh motivator undangan.
Banyak input yang diperolehi dalam program tersebut. Apa yang diharapkan agar SK Montfort mencapai kegemilangan dalam UPSR Tahun 2010 ini. Insya Allah....
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Sunday, January 10, 2010

STAF SK MONTFORT 2010