MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Sunday, August 30, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Selamat Menyambut Hari Ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke 52 tahun.
Buktikan kepada negara kita bahawa kita adalah rakyat yang setia.

Thursday, August 27, 2009

LANGKAH MENANGANI WABAK INFLUENZA A H1N1


En Yeo Keng Guan (GB) bersama Pasukan Sukarelawan Pembasmi kuman

Membuat persediaan sebelum memulakan kerja pembasmian kuman.

Pekerja-pekerja sukarela sedang membersihkan bilik darjah.

Antara bilik darjah yang telah dibasmi kuman.





27/08/2009- Satu pasukan sukarelawan telah melakukan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di SK Montfort. Semua bilik di SK Montfort terlibat dalam pembasmian kuman ini. Langkah ini diambil oleh pihak sekolah dengan kerjasama Ibu bapa yang perihatin
terhadap tahap keselamatan kesihatan anak-anak yang akan bersekolah pada minggu hadapan memandangkan seramai 2 orang murid SK montfort telah disahkan
positif Influenza A H1N1 sebelum ini. Semua kos penyelanggaraan ditanggung oleh para ibu bapa yang perihatin. Pihak sekolah juga telah berusaha membeli alat pengesan suhu badan yang akan digunakan bermula pada hari selasa 1 Sept 2009. Pihak PIBG juga dalam proses pembelian alat Jangka suhu dan mask untuk kegunaan warga sekolah. Jutaan terima kasih diucapkan atas sokongan padu para ibu bapa dan orang perseorangan dalam menangani wabak Influenza A H1N1.
Berikut adalah nama-nama insan yang bermurah hati menderma untuk kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman > (Lim Ai Choo, Pang Mee Ling, Lim Sway Lan, Too Pei Yin, Rahmah binti Tokimin, Shamsiah bte Salim, Mitchell Hoo, Kamariah bt Idris, Lim Chin Sze, Azhar b Mahmood, Norazeela bt Asmuni, Loh Kok Seng, Neo Yin Yin, Ginny Tay, Ling Ling, Lee Boon Sim, Belinda ker Ah Lian, Yong Siong Peng, Mrs Tan).

FADHILAT SEMBAHYANG TARAWIH

FADHILAT SEMBAHYANG TARAWIH

Malam.Pertama.Dosa seseorang itu keluar seperti ia baru di lahirkan oleh ibunya.

Malam ke 2.Dosanya diampuni begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang Mukmin.

Malam ke 3.Dipanggil oleh Malaikat dari bawah Arasy dengan seruan; Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosa kamu yang telah lalu

Malam ke 4.Diberi pahala yang sama dengan pahala orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam ke 5.Diberi pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.

Malam ke 6.Diberi pahala seperti pahala orang yang Tawaf di Baitullah dan segala batu-batu dan pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ke 7.Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.

Malam ke 8.Diberikan oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam ke 9.Seperti pahala beribadah kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad (s.a.w).

Malam ke 10.Dikurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat.

Malam ke 11.Keluar dari dunia seperti pada hari pertama ia dilahirkan dari kandungan ibunya - yakni bersih dari dosa..

Malam ke 12.Datang di hari Kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.

Malam ke 13.Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.

Malam ke 14.Disaksikan oleh para Malaikat, kalau dia telah melaksanakan Solat Tarawih, maka pada hari Kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala kemudaratan.

Malam ke 15.Diminta ampun oleh para Malaikat oleh Malaikat yang memikul Arasy dan Qursy.

Malam ke 16.Dibebaskan dari api Neraka dan dapat memasuki Syurga.

Malam ke 17.Diberi pahala seperti pahala para Nabi.

Malam ke 18.Diseru oleh para Malaikat, wahai Hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu.

Malam ke 19.Diangkat darjatnya ke dalam Syurga Firdaus.

Malam ke 20.Diberi pahala para Syuhada dan para Solehin.

Malam ke 21.Dibina rumahnya dari Nur di dalam Syurga.

Malam ke 22.Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam ke 23.Dibangunkan sebuah kota untuknya di Syurga.

Malam ke 24.Diberi pahala berupakan 24 permohonan Doa yang dimakbulkan Allah.

Malam ke 25.Dihapuskan dari seksa dan azab kubur.

Malam ke 26.Pahalanya diangkat selama 40 tahun.

Malam ke 27.Sewaktu melintasi Titian Siratulmustaqim pada hari Akhirat nanti ia dapat melintasinya dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam ke 28.Allah mengangkatnya dengan Seribu darjat.

Malam ke 29.Diberi pahala Seribu Haji yang Mabrur.

Malam ke 30.Dipanggil Allah, Wahai Hambaku, makanlah buah-buahan Syurga dan mandilah dengan Air Salsabil (Air Syurga yang sedap diminum) serta minumlah dari Telaga Kauts


Tuesday, August 25, 2009

ADAKAH ANDA GEMUK

Body Mass Index.. Itulah caranya untuk mengetahui tahap kegemukkan kita. hihiihihi
Bagi mereka yang tidak tahu berapakan BMI sendiri, bolehlah rujuk disini
BMI Calculator

Monday, August 24, 2009

Sajak buat anak-anak ku

Anak-anak ku
Tetakala hari esok yang bakal menjelang,
Siap sedia lah kamu
menghadapinya,,,
berbekalkan ilmu di dada,
Sudah penuh kah ia?

Anak-anak ku,
Tetakala ayah dan ibu mu tiada,
Hanya doa dapat mengiringi nya,
tetapi,,,,,,,,
itu semua memerlukan bekalan di dada,,

Anak-anak ku,
tuntutlah ilmu sebanyak mana,,
kerana dengan ilmulah
membolehkan hidup kita bahagia.

hasil nukilan...
Admin..(tetakala keboringan tak tau nak buat apa:)

Salah siapa?






Salah siapakah jika anak-anak kita menjawab soalan begini?



Saturday, August 22, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan.


Ramadhan datang lagi .
Tak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Puasa.
Semoga puasa kali ini lebih afdal lagi. Bermaksud kita kenalah kurangkan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa. Kepada anak-anak , belajarlah berpuasa. Asal jangan puasa yang yang yok, dah tengah hari buka periuk udah le.
OK semua umat islam seantero dunia ,selamat berpuasa.............. Admin




















.

Friday, August 21, 2009

Mesyuarat AJK PIBG SK Montfort ke 3/2009






21/08/2009 - Satu Mesyuarat AJK PIBG kali ke 3 yang di pengerusikan oleh Yang Dipertua PIBG (Tn Hj Mazlan) telah diadakan pada jam 3.00 petang. Antara agenda yang dibentangkan adalah

  1. Penyata Kewangan.
  2. Penyaluran bantuan kewangan kepada pihak sekolah untuk bahan lembaran kerja murid.
  3. Bantuan Sempena hari kanak-kanak.
  4. Langkah yang diambil oleh pihak sekolah dalam menangani masalah Selsema babi (influenza A H1N1).
  5. Lapuran oleh Penasihat PIBG selaku GB SK Montfort.

Selepas mesyuarat AJK PIBG dibawa melawat ke kawasan yang bermasalah di sekolah.



Antara masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah sistem kumbahan.

* lihat gambar untuk gambaran lebih jelas. ( Sumbangan diperlukan ).

Aktiviti RIMUP

21 Ogos 2009 - Seramai 21 orang murid Tahun 5 SK Montfort berserta 5 guru pengiring telah menyertai aktiviti RIMUP bersempena bulan kemerdekaan yang diadakan di SJKC Ai Chun 2. Aktiviti RIMUP ini bermula jam 8.00 pagi diadakan untuk memupuk semangat Perpaduan antara kaum di kalangan murid di 2 buah sekolah yang terdiri daripada berbilang bangsa. Tahniah diucapkan kepada guru-guru pengiring dan semua murid yang terlibat . - admin .

Wednesday, August 19, 2009

Kemeriahan Menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan ke 52 Malaysia



Hasil usaha pengubah seni dalaman.- En Zaba Dullah dan En Suhaimi Ali.
Antara guru lelaki yang masih teguh bersama di sesi Pagi SK Montfort.
Anak-anak pasca Merdeka. Salah seorang anak sayalah.

Monday, August 17, 2009

Perhimpunan mingguan 17/08/09


Khas untuk abang-abang di Tahun 6, buatlah dengan baik semasa peperiksaan UPSR nanti. Adik-adik di Tahun 4 dan 5 sentiasa mendoakan agar abang-abang semua cemerlang dalam UPSR. - Mohd Faqri (5B).



Jangan lupa GB Tak ada, saya menggantikan GB pada hari ini. Semua mesti akur dengan peraturan sekolah ye. Terima kasih. - Pn Hjh Fathiyah Abu Hassan (GPK 1)


Tahniah kelas 5B kerana kelas kamu yang terbersih minggu lepas. Teruskan usaha.

Saturday, August 15, 2009

Pelancaran Sambutan Kemerdekaan ke 52







15 Ogos 2009 - Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat sekolah telah selamat disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En Yeo Keng Guan dalam sambutan yang sedarhana tetapi meriah.
Tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola yang diterajui oleh Cik Nurul Hafeeza. Berbagai aktiviti yang akan diadakan sempena bulan kemerdekaan ini antaranya ialah Jangan Lupa Lirik Montfort Version, Teka Silang kata, Keceriaan Kelas dan Pop Kuiz kemerdekaan.