MAKLUMAN

SILA KLIK PADA PAGES YANG BERKAITAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI

Peperiksaan akhir tahun 2014 dijangka akan berlangsung pada 27.10.2014 hingga 30.10.2014

Pemulangan buku teks murid-murid akan diadakan pada 02.11.2014. Semua murid dikehendaki mengemaskini bilangan buku yang akan dipulangkan kepada pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke perlis, kedah dan pulau pinang pada 01.10.2014 hingga 04.10.2014.

Peperiksaan ulangan matematik kertas 1 upsr akan diadakan pada 09.10.2014

Cuti hari raya aidil adha pada 09.10.2014.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA.

Sunday, July 26, 2009

Aktiviti Hari Ko Kurikulum




















ANTARA AKTIVITI HARI SABTU 25 JULAI 2009

Thursday, July 23, 2009

KELAS HIKMAH 2009


Kelas Program Hikmah sedang dijalankan.
Murid sedang belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh walaupun setelah penat seharian belajar.
Tahniah diucapkan.

Wednesday, July 22, 2009

JUMPA LAGI

En Razalil bin Kasiran TELAH melapur diri ke sekolah baru pada hari ini, 25 Julai 2009, hari Jumaat yang mulia lagi diberkati. Minggu depan ada lagi kot kat sekolah kita kerana nak menghabiskan kerja yang tak siap lagi.

Tuesday, July 21, 2009

Lagi gambar sebelum perhimpunan

Bila nak mula perhimpunan ni, Nizam? Penat saya posing nih.

Monday, July 20, 2009

Program Make reading a habit (MERAH)








Program Menanamkan minat membaca dikalangan murid dijalankan setiap hari isnin jam 7.10 pagi (20 minit sebelum Majlis Perhimpunan Rasmi dijalankan). Terima kasih kepada Pn Hjh Hassnah (Penyelaras Pusat Sumber) kerana menyediakan bahan bacaan untuk murid-murid.

Kejohanan Sepak Takraw Ke 2 MSSD Lelaki Bawah 11 Tahun

SK Montfort dapat Naib Johan

Tahniah kepada yang terlibat.

Rakaman peristiwa Perhimpunan Mingguan 20 Julai 2009



Saturday, July 18, 2009


Friday, July 17, 2009

Lawatan Ke Terengganu


Satu taklimat telah diberikan kepada semua murid Tahun 6 berkaitan Lawatan Sambil Belajar ke Terengganu. Taklimat ini diberikan untuk memberikan penjelasan yang terperinci tentang tujuan lawatan ini. Apa yang diharapkan adalah semua murid Tahun 6 dapat bersama-sama menyertainya.
Maklumat tentang lawatan adalah seperti berikut:
Lawatan Sambil Belajar Ke Terengganu.
Tarikh Lawatan : 9, 10, 11 Oktober 2009.

Tempat-tempat yang akan dilawati:

  1. Masjid Terapung, Kuala Terengganu.
  2. Masjid Kristal.
  3. Taman Tamadun Islam (Perkampungan Budaya).
  4. Musium Negeri.
  5. Pulau Duyong ( Industri Pembuatan Kapal)
  6. Kg Tok Beng (Industri pembuatan keropok lekor)
  7. Pasar Payang.

Penginapan : Rumah Rehat Hasram, Kuala Terengganu.

Yuran Penyertaan : RM 150.00

Bayaran ansuran diterima.

Kekosongan yang perlu diisi (35 orang)

Siapa cepat , dia dapat.

Sila hubungi: En Razalil bin Kasiran

Penyelaras Rombongan

SK Montfort

Pada hari ini, berakhirlah latihan dalam perkhidmatan dua orang guru pelatih IPGM Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat di SK Montfort. Cik Amalina bt Mohd 'Aid dan Cik Nur Hazrin bt Hasbullah Helmi telah menimba pengalaman yang bermakna di sekolah ini.
Diharapkan agar segala pengalaman yang diperolehi dapat digunakan sebaiknya apabila memulakan perkhidmatan sebenar pada tahun hadapan. Kedua-dua orang guru pelatih ini adalah ambilan Pertama Kursus Kolobrasi dengan Universiti Canteburry Christ Church, United Kingdom.
Selamat berjaya kepada Cik Amalina dan Cik Hazrin dan ucapan terima kasih daripada seluruh warga SK Montfort untuk kalian berdua kerana perkhidmatan yang diberikan untuk SK Montfort.

Thursday, July 16, 2009

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK MONTFORT
Jika terdapat sebarang komen, sila nyatakan untuk kebaikan SK Montfort.